"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, December 27, 2009

Muhadharah perdana

Syukur kepada Allah kerana saya dapat mengikuti muhadhrah perdana yang disampaikan oleh Al-allamah as-syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) dan di Masjid Negeri Selangor di Shah Alam pada Sabtu, 19 Disember 2009. Saya catatkan sedikit intipati syarahan beliau.

Muhadharah Perdana

Oleh: As-syeikh Dr Yusuf Qaradhawi

Tempat:Dewan Plenari, PICC

Tarikh:19.12.2009

Masa: 9 pagi

Islam itu sejahtera. Islam itu selamat. Agama Islam dan umatnya menitikberatkan keselamatan dan ksejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Kata nabi SAW "Islamlah, nsescaya engkau akan selamat".

Islam tidak sama sekali menggesa umatnya untuk memerangi dan memusuhi orang lain. Orang kafir tidak boleh dipaksa supaya memeluk Islam. Allah SWT bagitahu:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Sesiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.(al-baqarah:256)

Oreantalis mengatakan bahawa Islam tersebar dengan mata pedang. Ini adalah dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Islam tersebar dengan dakwah yang penuh dengan hikmah dan kasih sayang. Islam tersebar dengan akhlak baik penganutnya. Islam tersebar dengan hujah dan ilmu yang boleh diterima akal manusia.

Di dalam Islam senjata digunakan untuk mempertahankan diri daripada musuh yang memulakan peperangan. Islam mengajar supaya umatnya tidak melampaui batas. Allah SWT bagitahu:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.(al-baqarah:190)

Allah SWT tidak melarang umat Islam berbuat baik kepada orang kafir yang tidak memusuhi Islam. Firman-Nya dalam surah al – mumtahanah ayat 8:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Firman-Nya dalam surah al-anfal ayat 61:

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, Maka cenderunglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya dialah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Banyak ayat di dalam al-quran yang menyarankan umatnya supaya berlaku adil, menjalinkan silatur rahim, berbuat baik sesama manusia, tidak melakukan kerosakan di atas muka bumi. Inilah dia keindahan Islam.

Ayat yang menyuruh supaya umat Islam mengangkat senjata tidak banyak. Ayat-ayat ini jika diteliti menunjukkan bahawa ianyanya adalah bersebab, bukan semata-mata untuk membunuh. Di antara ayat-ayat itu ialah firman Allah SWT:

فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُوا لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu dimana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka, kepunglah mereka dan intailah ditempat pengintaian. jika mereka bertaubat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(at-taubah:5)

Ayat seterusnya Allah SWT menegaskan:

وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْلَمُونَ

Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, Kemudian hantarkanlah ia ketempat yang aman baginya. demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.(at taubah:6)

Sabda Nabi SAW:

(يا أيها الناس! لا تتمنوا لقاء العدو واسألوا الله العافية. فإذا لقيتموهم فاصبروا. واعلموا أن الجنة تحت ظلال السيوف). ثم قام النبي صلى الله عليه وسلم وقال (اللهم! منزل الكتاب. ومجري السحاب. وهازم الأحزاب. اهزمهم وانصرنا عليهم).

Wahai manusia! Jangan kamu bercita-cita bertemu musuh dan mintalah kesejahteraan daripada Allah. Sekiranya kamu bertemu juga dengan musuh maka bersabarlah. Ketahuilah bahawa syurga berada di bawah bayangan mata pedang.

0 comments:

Post a Comment