"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, December 18, 2009

Banyaknya salam!



"Moga diari amalan brtmbh erti, diari kerja smakin brkualiti, hari-hari yg brlalu tdak lupa disyukuri. Salam Maal Hijrah 1431HIJRAH". Ini tulisan yang saya salin daripada sms yang dihantar ke telefon bimbit saya.

Hari ini salam maal hijrah, sebelum ini salam idil adha, salam ramadhan, salam idil fitri bahkan ada rakan blogger yang menulis salam rejab sempena bulan Rejab. Peringkat nasional sekarang sibuk dengan salam 1 Malaysia.

Banyaknya salam! Dulu kita diajar memberi dan menjawab salam. Memberi salam hukumnya sunat manakala menjawabnya adalah wajib. Lafaz salam sekurang-kurangnya "السلام عليكم" manakala jawapannya "وعليكم السلام"

Kata Nabi SAW:


عن أبي هريرة قال
قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "والذي نفسي بيده لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى تحابوا، أفلا أدلكم على أمرٍ إذا فعلتموه تحاببتم؟ أفشوا السلام بينكم

Daripada Abi Hurairah katanya sabda Nabi SAW: "Demi nyawaku ditangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang antara kamu. Mahukah aku tunjukkan kepada kalian satu perkara jika kamu amalkan kamu akan berkasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu.

Hadis ini terdapat di dalam sunan Abi Daud, kitabul adab, bab menyebarkan salam. Soalan saya, jenis salam yang manakah yang dianjurkan oleh baginda nabi SAW supaya kita berkasih sayang? Anda mampu menjawabnya! WASSALAM.


0 comments:

Post a Comment