عن أم حبيبة زوج النبي صلى الله عليه وسلم؛ أنها قالت
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ما من عبد مسلم يصلي لله كل يوم ثنتي عشرة ركعة تطوعا، غير فريضة، إلا بني الله له بيتا في الجنة أو إلا بني له بيت في الجنة
Daripada Ummi Habibah, isteri Nabi SAW, kata beliau: Aku mendengar rasulallah SAW bersabda “Tidaklah seseorang hamba muslim melakukan solat sunat kerana mengharapkan keredaan Allah sebanyak 12 rakaat setiap harinya, melainkan Allah membina sebuah rumah untuknya di syurga,ataupun dibina baginya rumah di syurga” (Hadis riwayat Muslim).
Insya Allah, semoga kita dapat istiqamah solat sunat sebnyak 12 rakaat sehari semalam. Dalam hadis ini tidak dinyatakan apakah jenis solat yang dimaksudkan. Boleh saja kita lakukan mana-mana jenis solat sunat.
Menurut Syeikh Muhammad Soleh Uthaimin solat tersebut ialah solat rawatib yang terdiri daripada:
4 rakaat sebelum zohor
2 rakaat selepas zohor
2 rakaat selepas maghrib
2 rakaat selepas isya'
2 rakaat sebelum subuh
Wallahu a'lam
2 comments:
semoga Us Li dalam 'inayah Allah sentiasa
assalamualaikum ya ustaz,
boleh sy tanya..
apakah solat 12 rakkat ini solat sunat ?
boleh nyatakan mcm mane niat sume solat 12 rakaat ini ?terima kasih.
Post a Comment