"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, December 11, 2010

Larangan melihat wanita ajnabi


عن أبي هريرة
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال "كتب على ابن آدم نصيبه من الزنى. مدرك ذلك لا محالة. فالعينان زناهما النظر. والأذنان زناهما الاستماع. واللسان زناه الكلام. واليد زناها البطش. والرجل زناها الخطا. والقلب يهوى ويتمنى. ويصدق ذلك الفرج ويكذبه"

Daripada Abi Hurairah daripada nabi SAW sabdanya:

“Tercatat di atas anak Adam nasibnya dari dosa zina dan dia pasti tidak dapat tidak mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang bernafsu berahi dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.”

Ibnu Battal mengatakan “dinyatakan perkara-parkara tersebut kerana ia adalah penyebab berlakunya zina dan dia termasuk daripada dosa-dosa kecil sekiranya tidak berlaku zina yang hakiki. Jika berlaku zina hakiki maka ia adalah dosa besar.

As Suyuti berkata bahawa manusia tidak telepas daripada dosa zina samada secara hakiki iaitu persetubuhan haram ataupun secara majazi(kiasan) dengan melihat kepada sesuatu yang haram dan perkara-parkara yang dinyatakan dalam hadis tersebut.

Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa samada kecil mahupun besar. Allah sebut:

إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha penyanyang.

Justeru marilah kita sama-sama menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang terlarang dan sentiasa bertaubat dan kembali kepada Allah SWT.

1 comments:

Liana said...[Balas]

assalamualaikum..
ustaz mohon share. syukran

Post a Comment