"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, December 11, 2010

Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu (Bah.2)


Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu Kelantan
Oleh:YB Dato haji Nasaruddin bin Haji Daud(speaker DUN Kelantan/ADUN Meranti)
Tarikh:4 Muharram 1432

Salah seorang sahabat nabi yang diseksa juga ialah Mu’ab bin Umair. Sebelum Islam beliau seorang pemuda yang tampan, hidup dengan penuh kemewahan sehingga nabi SAW ada bersabda:

ما رأيت بمكة أحسن لِمة ولا أرق حلة ولا أنعم نعمة من مصعب بن عمير


“Ketika Mekah dulu, tak seorangpun ku lihat yang lebih halus pakaiannya dan lebih rapi rambutnya dan lebih nanyak mendapat nikmat daripada Mush’ab bin Umair. ”

(kuliah terganggu dengan pengemuman) Ehh banyak pengumuman hari ni! Ada satu lagi pengumuman. Kepada Ibrahim bin Salleh, sila ke Pejabat Tanah sekarang! Isteri sedang tunggu di sana. Minta gi la yang nama Ibrahim bin Salleh. Jangan duk wat balah dengan bini ni!

Ibrahim bin Salleh. Barangkali ramai kat sini Ibrahim bin Salleh ni. Pakat gi belako la. Muga dio tak royak(cakap) tinggal kat mana. Yang Pasir Mas pun nama Ibrahim jugak! Apa ambo sebut tadi? Sebut nama Ibrahim habis lupa yang lain.

Jadi Mu’ab bin Umair ni seorang sahabat yang kehidupannya mewah ketika sebelum memeluk Islam tetapi di dalam satu peperangan beliau telah syahid. Jasadnya tidak boleh ditutup oleh pakaiannya. Kalu tutup muka nampak kaki, tutup kaki nampak muka. Lalu rasulullah SAW menyuruh para sahabat menutup mukanya manakala kakinya ditutup dengan rumput.

Sebelum berlaku hijrah ke Madinah para sahabat disuruh supaya berhijrah ke Habsyah. Pemuka Quraish apabila dapat tahu maka mereka minta supaya pemerintah Habsyah hantar balik para sahabat ke Mekah. Inilah perangai puak-puak menetang Islam.Macam sekaranglah. Marah orang lain pergi dengar kuliah tok guru.

Cuba kata lagu ni sekali “Cikgu dahlah tak pergi, jadi biarlah ambo pergi, boleh belajar serba sikit, cikgu kan cikgu besar, mesti cerdik daripada ambo. Ambo cikgu kecik,”. “Takkanlah cikgu kecik lebih cerdik daripada cikgu besar pulak”. Cuba buat lagu tu sekali nak tengok. Dahlah tak nak kepada agama. Orang lain yang mahu dia marah pulak!

Umar al Khattab adalah seorang sahabat nabi yang telah melakukan hijrah secara terangan. Umar ni berani. Sebelum hijrah beliau tawaf di baitillah kemudian lepas tu dia berkata:

“ من اراد ان ييتم ولده و تثكل أمه و ترمل زوجته فليلقانى خلف هذا الوادى فأنى مهاجرًا غداً “

Barangsiapa yang mahu tengok anak dia yatim, emak kehilangan anak, isteri menjadi janda maka temuilah aku di belakang lembah Mekah, sesungguhnya besok aku akan berhijrah. Tak ada seorangpun yang berani menyahut seruan Umar ni. Takut kat Uamar.

Umar bukan sahaja ditakuti orang, bahkan syaitan pun takut kat Umar. Kata nabi SAW kepada Umar:

« والذي نفسي بيده ، ما لقيت الشيطان سالكا فجا إلا سلك غير فجك »

Demi yang jiwaku ditangannya! Kamu tak akan bertemu syaitan melalui satu lorong kecuali lorong yang tidak dilalui oleh engkau. Maknanya Syaitan takut bertembung dengan Umar. Umar lalu jalan lain, Syaitan akan lalu jalan lain. Kalaulah ada Umar zaman sekarang ambo rasa teruk orang yang menentang Islam ni.


Para pemuka Quraish yang diketuai oleh Abu Jahal telah bermesyuarat di Ka’bah apakah tindakan yang akan diambil ke atas rasulillah SAW. Mesyurat di ka’bah. Tempat mulia. Jadi kita sekarang jangan rasa hairanlah kalau ada orang di pusat Islam buat jahat kat orang Islam. Sebelum nipun contoh dah ada.

Orang di JAKIM pun kadang-kadang masalah logo HALAL dia tak sungguh-sungguh. Ambo tengok sendiri ubat lipas dia bubuh logo HALAL. Ambo fikir dalam kepala otak ambo puak-puak ni makan ubat lipas ke? Barangkali makan sungguh! Sebab tu payah nak faham Islam. Ubat lipas tak payah bubuh logo HALAL. Orang tak makan ubat lipas.

Ada yang mengsyorkan supaya nabi dibunuh. Abu Jahal tanya siapa berani bunuh. Abu Jahal sendiri tak berani bunuh nabi. Abu Jahal ni sudah banyak kali gagal berhadapan dengan nabi. Pernah satu ketika unta besar nak telan dia hidup-hidup. Abu Jahal tengok sendiri mukjizat nabi depan mata dia tapi tetap tidak mahu mengakui kerasulan nabi.



وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.

0 comments:

Post a Comment