Al Marhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Lenggang, dekat Tanjung Cat. Ramai kaum kerabat dan kenalan yang datang. Ada orang tua, ada orang muda, ada kanak-kanak dan ada juga kaum Hawa.
Dalam entri ringkas ini saya nak kongsi dan nak tegur dua perkara, pertama kedatangan kaum Hawa ke kuburan dan duduk di atas kuburan. Mudah-mudahan perjalanan hidup kita dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.
Sebolehnya kaum Hawa tak payahlah ke kuburan. Biarlah lelaki sahaja yang menguruskan pengkebumian. Tak cantik mata memandang. Berlaku percampuran lelaki perempuan. Ini sudah melanggar batas syariat.
Keduanya masalah duduk di atas kuburan. Kuburan bukanlah tempat untuk duduk-duduk dan bersembang sambil bergelak ketawa dan menyedut asap rokok. Sepatutnya ziarah kubur menginsafkan kita dan mengingatkan kita tentang kematian.
Adapun berdoa kepada simati selepas jenazah dikebumikan maka hukumnya adalah sunat. Itupun berdoa dalam keadaan berdiri. Tak payah hampar tikar untuk duduk dan bertahlil panjang-panjang.
Dalilnya hadis Nabi SAW:
كان النبي صلى الله عليه وسلم : (إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ فَقَالَ : اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ ، وَسَلُوا لَهُ بِالتَّثْبِيتِ ، فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ) ،
Adalah nabi SAW apabila selesai pengkebumian mayat baginda berdiri ke atasnya seraya bersabda:Mintalah keampunan untuk saudara kamu, dan berdoalah untuknya untuk ketetapan, sesungguhnya dia sekarang di soal.
0 comments:
Post a Comment