"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, December 10, 2010

Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu(bah. 1)


Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu Kelantan

Oleh:YB Dato Haji Nasaruddin bin Haji Daud(speaker DUN Kelantan/ADUN Meranti)

Tarikh:4 Muharram 1432

Pada hari ini ambo nak cakap pasal hijrah berkebetulan kita masih lagi berada pada permulaan Muharram.Salah satu pengertian hijrah ialah perpindahan suatu kaum atau individu dari satu hal yang sifatnya buruk kepada hal lain yang sifatnya baik.

Ini hijrah. Kita tiap-tiap tahun sambut hijrah. Bagi anugerah tokoh maal hijrah. Sepatutnya mudah untuk kita faham Islam tapi tak jadi begitu. Ada orang diberi anugerah maal hijrah tapi dulu tak pakai tudung sekarang pun tak pakai tudung. Hijrah apa namanya?

Hijrah nabi adalah titik permulaan berkembangnya Islam. Sebelum peristiwa hijrah nabi dan para sahabat mendapat tentangan yang hebat daripada golongan kafir. Pernah seorang pemuka Quraish, Uqbah bin Abi Muith datang kepada nabi SAW yang sedang solat, terus dijerut leher nabi SAW dengan kemah(kemas) keming.فخنقه به خنقا شديدا

Orang Kelantan kalu(kalau) sebut kemah keming dia fahamlah betapa seksanya bila dijerut begitu. Dia berungkai, kalu manis leting, kalu tawar hebe, kalu busuk banga, kalu UMNO hangit! Maaflah sebut lagu tu supaya mudah faham.

Maka Datang Abu Bakar RA lalu berkata:

{‏أتقتلون رجلا أن يقول ‏ ‏ربي الله وقد جاءكم بالبينات من ربكم ‏}

Adakah kamu mahu membunuh seorang lelaki yang berkata “Tuhanku ialah Allah”?Sesungguhnya dia telah membawa datang kepada kamu keterangan-keterangan daripada Tuhan kamu.

Para sahabat juga mendapat seksaan yang amat dahsyat. Antara mereka ialah tergolong daripada golongan hamba seperti Bilal bin Rabah. Namanya Bilal bin Rabah, tukang azan rasulillah SAW. Sampai sekarang orang yang melaungkan azan dipanggil Bilal, bahkan dipanggil “Tok Bilal” – tok kepada Bilal.

Orang Melayu kita kalu sebut Bilal mereka kata itu bahasa arab. Makna Melayunya tukang azan(bang). Padahal Bilal ialah nama sahabat yang melaungkan azan pada zaman nabi. Kita sekarang bukan azan pada zaman nabi tapi di Masjid Muhammadi. Kena ambil tahu tu asal usul nama Bilal.


Bilal bin Rabah ialah seorang hamba abdi berketurunan Afrika, bukan Arab. Sebab itu Allah tak pandang bangsa ni,

لا فضل لعربي ولا أعجمي إلا بالتقوى

Tiada kelebihan bagi orang Arab maupun Ajam kecuali dengan taqwa. Habis kenapa kita sibuk duduk cakap fasal Ketuanan Melayu? Yang kata nak bela Melayu pun orang itulah yang menghancurkan Melayu. Siapa yang bertanggungjawab mengurangkan kuasa raja-raja Melayu?Kita Melayu walaupun mudah lupa tapi kita jangan lupa tentang ini.

Kalau betul nak pertahan Melayu bagilah royalti kepada Kelantan ni. Inilah orang Melayu sebenar. Payah sangat ke nak buat kalu betul-betul nak bela Melayu? Jangan cakaplah kalu tidak serupa bikin.Bilal bin Rabah ni masuk Islam sebab Islam tidak membezakan antara warna kulit manusia. Semuanya serupa di sisi Allah.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)

Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.

Islam mengajar supaya kita berkawan belaka. Dengan orang kafir pun kena kawan, tak leh buat zalim kat mereka. Ini Islam. Tapi kalu dia sembelih ayam jangan dok makan! Dia(kafir) pun tahu. Dia tak sembelih. Dia suruh kita orang Islam sembelih.

Umayyah bin Khalaf ialah tuan kepada Bilal bin Rabah. Tatkala dia tahu Bilal masuk Islam maka dia heret Bilal ke padang pasir yang panas membara.Heret! Yang pergi Mekah tahulah lagu mana panasya cuaca padang pasir.

Kemudian Bilal dibaringkan di atas padang pasir dan diletakkan di atas dadanya batu yang besar. Umayyah bawa mari berhala dan tunjuk kepada Bilal supaya Bilal mengaku bahawa berhala ini ialah tuhannya tapi Bilal tetap dengan keimanan. Mulutnya hanya menyebut Ahad! Ahad! Allah maha esa! Tidak berganjak keislamannya walaupun dihimpit dengan batu besar!

Kita lagu mana? Berganjak ke tidak berjuang Islam? Bagi batu selori. Bukan letak atas dada tapi tambung tempat lecah(becah). Lebih-lebih lagi musim sekarang ini. Ambo tadi gi(pergi) tempat ccukur budak(majlis cukur rambut bayi) Sebelum mari sinilah. Apabila nak balik dan(sempat) lagi dia bisik kat ambo ‘Batu lagu mana?’. Issshhhh ishhhhh.


AAAA ni ada pengumuman. Pemilik kenderan DAE **** sila tengok kenderaan anda. Nampak macam ada berasap. Gi tengoklah…..Bersambung!


0 comments:

Post a Comment