HARIS pada 07.08.09 yang lepas, bertempat di Masjid UIA masih lagi membincangkan berkenaan kelebihan solat berjamaah. Dua hadis terakhir daripada bab dibincang. Hadis pertama berbunyi:
حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة. حدثنا الفضل بن دكين عن أبي العميس، عن علي بن الأقمر، عن أبي الأحوص، عن عبدالله؛ قال
من سره أن يلقى الله غدا مسلما فليحافظ على هؤلاء الصلوات حيث ينادى بهن. فإن الله شرع لنبيكم صلى الله عليه وسلم سنن الهدى وإنهن من سنن الهدى. ولو أنكم صليتم في بيوتكم كما يصلي هذا المتخلف في بيته لتركتم سنة نبيكم. ولو تركتم سنة نبيكم لضللتم. وما من رجل يتطهر فيحسن الطهور ثم يعمد إلى مسجد من هذه المساجد إلا كتب الله له بكل خطوة يخطوها حسنة. ويرفعه بها درجة. ويحط عنه بها سيئة. ولقد رأيتنا وما يتخلف عنها إلا منافق، معلوم النفاق. ولقد كان الرجل يؤتى به يهادى بين الرجلين حتى يقام في الصف
Diriwayatkan daripada Abdilah bin Mas’ud R.A katanya "Sesiapa yang mahu menemui Allah SWT pada hari esok(akhirat) dalam keadaan muslim, maka hendaklah dia memelihara solat fardhunya dengan mengerjakannya di tempat azan dilaungkan. Allah SWT telah mengsyariatkan kepada nabi kamu jalan-jalan petunjuk dan sesungguhnya solat berjamaah itu adalah salah satu daripada jalan-jalan petunjuk. Jika kamu bersolat di rumah kamu sebagaimana yang dilakukan oleh mereka yang meninggalkan jamaah maka sesungguhnya kamu telah meninggalkan sunah nabi kamu dan apabila kamu meninggalkan sunah nabi kamu nescaya sesatlah kamu. Apabila seseorang bersuci dengan sempurna kemudian dia melangkah ke masjid maka bagi setiap langkah yang dilangkahinya akan ditulis untuknya satu pahala dan diangkat satu darajat dan dihapus satu dosa. Sesungguhua aku melihat dikalangan kita ini bahawa tiada seorang pun yang meninggalkan jamaah kecuali orang munafik yang telah maklum kemunafikannya. Adalah seorang lelaki dipimpin oleh dua orang lain supaya dapat masuk saf berjamaah."
(hadis riwayat : IMAM MUSLIM, ABU DAUD, NASAI DAN IBNU MAJAH)
Imam Muslim meletakkan hadis ini dalam bab “Solat berjamaah daripada jalan-jalan petunjuk”. Imam Abu Daud dalam riwayatnya menyebut ..."dan apabila kamu meninggalkan sunnah nabi kamu nescaya kufurlah kamu."
Saya menyeru kepada para pencinta sunnah nabi supaya mengambil berat soal solat jamaah. Kebanyakan ahli hadis mengatakan bahawa solat berjamaah adalah wajib bagi setiap orang Islam. Banyak hadis sahih menggesa supaya melakukan solat berjamaah dan mencela orang yang tidak menyertainya. Nak beramal dengan hadis sohih-SAMA-SAMA IMARAH MASJID!
1 comments:
Assalamualaikum ustaz..
Ada soalan.. bukan berkenaan solat jemaah.. benda lain. nak tanya pasal PAYUNG MAS..
Nak tahu.. ada dop hadis sohih pasal tuh. dan.. apa sebenarnya guna PAYUNG MAS tuh..
p/s: Sorry, sbb tanya dlm blog ni, nok atar emel, ada problem sket ngan ms outlook. Nok tanyo kat kuliah, clash ngan kelas plak.. Harap dpt jwpn dari ustas ASAP... wassalam..
Post a Comment