"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, August 5, 2009

Beribadat pada malam nisfu Sya'ban

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.(al-isra:79’)


Dan frman-Nya lagi yang bermaksud:

Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),(al-muzzammil:1 – 2)


Dan juga firman-Nya:

Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.(az-zariyat:17 – 18)


Firman-firman Allah tadi di antara lain menyuruh kita melakukan ibadah malam sebagai ibdah tambahan kepada kita. Allah puji orang yang bangun malam untuk beribadah kepada-Nya. Banyak hadis sahih yang menggalakkan kita menghidupkan malam dengan beribadah kepada Allah.


Berkenaan dengan beribadah pada malam nisfu Sya’ban pula ada beberapa hadis tentang kelebihan malam tersebut dan anjuran menghidupkan malamnya. Di antaranya ialah:

يطلع الله إلى خلقه في ليلة النصف من شعبان إلا لمشرك أو مشاحن

Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).


Al-Albani menilaikan hadis ini sebagai sahih sebagaiamana yang terdapat di dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. Di dalam hadis ini tidak dinyatakan secara khusus cara beribadat kepda Allah SWT.

Di dalam Sunan Ibn Majah ada satu bab:

باب ما جاء في ليلة النصف من شعبان
عن علي بن أبي طالب؛ قال:
- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((إذا كانت ليلة النصف من شعبان، فقوموا ليلها وصوموا نهارها.)).


Bab berkenaan dengan malam nisfi Sya’ban


Daripada Ali bi Abi Talib katanya Sabda Nabi SAW "Apabila tiba malam nifu Sya’ban maka beribadatlah pada malamnya dan berpuasalah pada siangnya".

Hadis ini sanadnya dhaif.


Dr. Yusuf al-Qardhawi apabila ditanya berhubung dengan dengan malam Nisfu Sya’ban di antara lain beliau menhjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”


Menghidupkan malam dengan ibadat sunah adalah amat digalakkan di dalam Islam, bahkan ia merupakan kebiasaan orang-orang soleh.

عن أبي هريرة؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
"ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا. حين يبقى ثلث الليل الآخر. فيقول: من يدعوني فأستجيب له! ومن يسألني فأعطيه! ومن يستغفرني فأغفر له!".


Allah turun SETIAP MALAM ke langit dunia ketika waktu akhir sepertiga malam seraya berfirman : "Sesiapa yang berdoa akan kukabulkan, sesiapa yang meminta akan kuberi, sesiapa yang minta ampun akan kuampunkan. Hadis ini terdapat di dalam Sohih Muslim.


Berkenaan dengan beribadat pada malam nisfu Sya’ban maka ia juga termasuk di dalam hadis sohih riwayat Muslim tadi. Jadi bagi yang tak mahu beramal dengan hadis dhaif tentang beribadat pada malam nisfu Sya’ban maka bagaimana dengan hadis sohih riwayat Muslim ini?


Amat rugi bagi yang tidak menghidupkan malam nisfu Sya’ban kerana mengatakan hadis dhaif sedangkan malam-malam lain pun tak buat juga. Bertambah rugi lagi kita pada malam nisfu sibuk layan game dan internet yang tidak memberi faedah sedangkan orang lain berlumba-lumba meminta keampunan daripada Allah.

0 comments:

Post a Comment