"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Thursday, January 26, 2012

Muhasabah Buat Diri Yang Lalai

Wahai diri yang lalai,

Bermuhasabahlah kamu sebelum dihisab oleh Allah di akhirat kelak.

عن شداد بن أوس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
- "الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت، والعاجز من أتبع نفسه هواها وتمنى على الله".
ويروى عن عمر ابن الخطاب قال: حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا

Nabi SAW bersabda: “Orang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan nasib dirinya dan beramal untuk hal ehwal selepas kematian, dan orang yang lemah ialah orang yang dirinya dikuasai oleh hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah.”. Di riwayatkan bahawa Umar bin Al-Khattab berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.

Wahai diri yang lalai,

Sebagaimana seorang peniaga menghitung untung rugi perniagaannya begitu juga sepatutnya diri kamu. Berapa banyakkah amalan soleh yang kamu lakukan? Macamana dengan solat kamu? Khusukkah ia? Berapa kali kamu tunaikan solat secara berjamaah? Tutur kata bagaimana? Berapa kali kamu telah mengeluarkan perkataan yang mengguris hati sahabat? Mencarut? Berkata nista? Mengadu domba?

Ingatlah firman Allah swt:

مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.(Qaf:18)

وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا

Dan Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia (al isra’:53).

Wahai diri yang lalai,

Jangan kamu menipu. Dalam menyiapkan tugasan/assignment berapa orang yang menipu diri sendiri. Menipu ketika peperiksaan. Apatah lagi kalau yang menipu itu pelajar jurusan agama. Ya akhi! Jangan buat benda ini. Kamu adalah pembawa bendera agama. Rosak kamu maka rosak agama.

غش الطبيب يفسد الأبدان وغش العالم يفسد الأديان

Doktor yang menipu merosakkan badan, orang alim menipu merosakkan agama.

Muhasabahlah diri. Syaitan adalah musuh kamu yang nyata.

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala (Fatir:6).

Wahai diri yang lalai,

Syaitan akan menguasai kamu apabila kamu berada dalam 3 keadaan: ketika marah, ketika nafsu memuncak dan ketika lalai. Jagalah diri daripada dikuasai oleh syaitan. Mudah-mudahan kamu dirahmati Allah swt.

Wahai diri yang lalai,

Jangan lalai lagi. Ingat Allah sokmo. Hati tenang baca quran. Ingat baki umurmu yang semakin berkurang. Rambutmu banyak yang gugur, uratmu sudah kendur, matamu semakin kabur. Itu petanda dirimu semakin dekat dengan lubang kubur!

ATTITUDE

Kata orang sikap adalah penentu segalanya. Berjaya, gagal, sedih, gembira, ceria, muram, semuanya lahir daripada sikap tingkahlaku kita.

Nak ubah sikap tak baik yang dah jadi habit dalam kehidupan memang susah. Kena mujahadah sungguh-sungguh. Lawan nafsu lawan kehendak naluri yang menjurus kepada perkara yang merugikan. Ubah diri sendiri sebab kitalah apa yang difikirkan. Orang lain tak boleh paksa kita supaya berubah.


"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri". (Ar- ra'd:11)

Berikut ini saya kongsikan bahan ceramah yang saya dapat ketika mengikuti kursus andragogi di Beringgis Resort, Papar. Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Haji Ab. Hadi dan Encik Hasnan.

A SMALL TRUTH TO MAKE LIFE 100%

If

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

is equal to

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Hard work

H+A+R+D+W+O+R+K 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Knowledge

K+N+O+W+L+E+D+G+E 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

Love

L+O+V+E

12+15+22+5 = 54%

Luck

L+U+C+K

12+21+3+11 = 47%

(don't most of us think this is the most important???)

Then what makes 100%?


Is it Money? ... NO!!!!! [M+O+N+E+Y = 13+15+14+5+25 = 72%]


Leadership? ... NO!!!! [L+E+A+D+E+R+S+H+I+P = 12+5+1+4+5+18+19+9+16 = 89%]

Every problem has a solution, only if we perhaps change our attitude.

To go to the top,

to that 100%,

what we really need to go further...a bit more...

ATTITUDE

A+T+T+I+T+U+D+E 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

It is OUR ATTITUDE towards Life and Work that makes OUR Life 100%

Penceramah dan Isi Ceramah

Kebelakangan ini kita lihat makin ramai penceramah agama. Mereka memberikan ceramah agama di merata tempat. Tidak kira samada di pentas ceramah hatta di tepi jalan. Kita lihat juga fenomena pendengar yang pergi mendenagr ceramah sebagai satu bentuk hiburan yang mana hadafnya untuk berhibur semata. Bergelak ketawa dan selepas itu bersurai tanpa membawa nilai ilmu untuk diamalkan.

“Ustaz itu best giler bila berceramah, tak kering gusi dibuatnya.”

“Syoklah dengar ceramah tadi, kelakar habis”.

Itulah antara yang kita dengar para pendengar membuat komen terhadap ceramah yang dihadiri mereka. Minat pendengar untuk mendengar ceramah agama adalah satu perkara yang baik. Baik untuk mereka dan baik untuk dakwah Islam.

Ironinya, ramai juga yang mengeluh dan mengeleng kepala melihat para penceramah yang memberikan ceramah tetapi gagal menghayati isi ceramah untuk diri sendiri.

Teringat kata-kata seorang kawan “Dakwah ini jika dibuat dan keluar dari lubuk hati yang tulus dan mulus maka ia akan turun juga ke hati yang bisa menyuburkan hati yang mati. Sekiranya mahu minta puji maka maka ianya tidak sampai ke lubuk hati”.

Mudah-mudaha Allah jadikan kita orang yang mengota apa yang dikata. Sama-sama kita berdoa agar tidak termasuk daripada kalangan yang difirmankan:



أَتَأْمُرُونَ النّاسَ بِالْبِرّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ


Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berfikir?(al-baqarah:44)

Firman Allah SWT:



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.(as saf:2-3)

Hadis Nabi SAW:

يجاء بالرجل يوم القيامة فيلقى في النار فتندلق به أقتابه, فيدور بها في النار كما يدور الحمار برحاه, فيطيف به أهل النار فيقولون: يا فلان ما أصابك, ألم تكن تأمرنا بالمعروف وتنهانا عن المنكر ؟ فيقول: كنت آمركم بالمعروف ولا آتيه, وأنهاكم عن المنكر وآتيه رواه البخاري ومسلم

Rasulullah SAW bersabda, "Seseorang didatangkan pada hari kiamat dan dilemparkan kedalam neraka. Ususnya keluar dan dia berputar-putar seperti kaldai berputar-putar dengan pelananya. Para penduduk neraka mengelilingi orang itu dan berkata, `Wahai Fulan, mengapa engkau sedemikian itu? Bukankah engkau memerintahkan kebaikan dan melarang
kemungkaran?' Orang itu menjawab, `Dulu aku memerintahkan kalian untuk berbuat baik, tapi aku tidak melakukannya. Dan aku melarang kalian dari berbuat kemungkaran, tapi aku melakukannya'." (HR. Bukhari dan Muslim)

Penyair arab ada mengatakan

لا تنه عن خلق وتأتي مثله
عار عليك إذا فعلت عظيم

Jangan melarang satu perbuatan yang engkau melakukannya.
Celaan besar bagimu jika engkau melakukan itu.

Ps- Tazkirah ini kutujukan untuk diriku sendiri semoga diri ini tetap istiqamah di atas para salafussoleh yang jujur memberikan ceramah agama, tidak mengharapkan selain daripada reda-Nya. Isi ceramah mereka terpancar dari keikhlasan hati.

Fitnah Harta dan Wanita

Harta dan wanita adalah dua bentuk kenikmatan yang diinginkan boleh insan bergelar lelaki. Adalah menjadi naluri manusia hidup mencari harta. Lelaki berharta sering menjdi idaman wanita. Ramai wanita mencari teman hidup mereka dengan menjadikan harta sebagai ukuran kebahagiaan.

Harta juga dianggap sebagai sumber kuasa. Dengan harta manusia mendapat kuasa manakala kuasa pula manusia boleh mengaut harta. Dengan harta inilah mereka menikmati kelazatan makan minum, seks, keseronokan, tempat tinggal yang indah dan sebagainya.

Sebenarnya harta bukanlah suatu benda yang seratus peratus membawa kepada bahagia. Ungkapan harta membawa bahagia adalah bukan mutlak benar. Harta sering menjadi punca sengketa antara adik beradik dan sanak saudara. Ramai orang merana kerananya. Harta punca perceraian suami isteri, pertelingkahan waris-waris, dan perpecahan adik beradik.

Kepada pencari harta, ingatlah hadis nabi SAW yang bermaksud:

Anak Adam berkata: Hartaku, hartaku, maka Allah berkata kepadanya: Wahai anak Adam apakah engkau memiliki dari hartamu kecuali apa yang telah engkau makan lalu habiskan, atau apa yang telah engkau pakai lalu menjadi lusuh dan apa yang telah engkau sedekahkan lalu diberikan balasan dengannya.

Fitnah wanita tidak kurang juga. Kata nabi SAW yang bermaksud:

Dunia ini memang indah menawan. Allah jadikan kamu Khalifah di atas muka bumi ini. Oleh itu hendaklah kalian bersikap waspada terhadap tarikan dunia dan wanita. Kerana bencana yang mula-mula menimpa Bani Israil adalah datangnya dari kaum wanita.

Allah berfirman yang bermaksud:

Ketahuilah bahawa harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah dan bahawa di sisi Allah tersedia ganjaran yang amat besar. (Al-Anfal: 28).

Allah mengingatkan lagi dengan firman-Nya yang bermaksud:

Barangsiapa yang berkehendakkan hidup dunia dan perhiasannya maka kami akan berikan hasil jerih payah mereka dan mereka tidak sedikitpun dianiaya. Akan tetapi orang-orang tersebut tidak ada apa-apa habuan untuk mereka di akhirat kelak kecuali api neraka. Pahala amalannya gugur dan sia-sialah apa yang mereka lakukan. (Hud:15-16).

Mafhum hadis nabi SAW:

Apabila umatku mengagung-agungkan dunia, nescaya akan direnggut daripada mereka kehebatan Islam. Jika mereka meninggalkan kewajipan amar ma’ruf dan nahi munkar nescaya mereka akan diharamkan daripada mendapat berkat wahyu. Apabila mereka saling mencaci antara satu sama lain, maka jatuhlah martabat mereka di sisi Allah.

Justeru, saya berpesan kepada diri saya dan anda semua agar berhati-hati dengan dua ta (harta dan wanita). Kepada wanita, peranan anda dalam dakwah amat besar. Lelaki dan juga wanita sebenarnya bantu membantu dalam usaha agama.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka (adalah) menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(at taubah:71).”

Tuesday, January 24, 2012

Wasatiyyah dan Belanja Mewah

Wasatiyyah. Islam Wasatiyyah. Wasatiyyah. Perbahasan tentangnya dari kedai kopi sampai ke seminar peringkat antarabangsa. Agamawan, negarawan, sasterawan, ahli kenegaraan dan ramai orang turut serta berbincang akannya.

Orang agama yang pandai baca quran akan baca ayat ini:

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا
Dan demikian (pula) kami menjadikan kamu umat pertengahan, umat yang adil dan pilihan (al-baqarah:143).

Itulah dia umat Islam. Umat pilihan yang akan menjadi saksi atas perbuatan orang yang menyimpang dari kebenaran baik di dunia maupun di akhirat.

Adapun yang kemudian selepas itu, apa hubung qaidnya wasatiyyah dengan berbelanja boros? Antara ciri wasatiyyah ialah tidak boros dalam perbelanjaan.

وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَلِكَ قَوَامًا

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian (al-furqan:67).

وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَى عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَحْسُورًا

Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal (al-isra’: 29).Maksudnya jangan kamu terlalu kikir, dan jangan pula terlalu pemurah.

Makanya, seorang suami yang cakap pasal wasatiyyah perlu bagi faham kepada isteri supaya menghayati wasatiyyah yang antara lainnya ialah tidak terlalu boros dan tidak terlalu kikir. Kita mesti bikin apa yang kita cakap, supaya orang tidak cakap kepada kita “cakap tidak serupa bikin”.

Monday, January 23, 2012

Gong Xi Fa Cai

23 Januari 2012. Kepada semua yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina, Muhammad ucapkan Gong Xi Fa Cai, Kong Si Fa cai, Kongsi facai. Maaflah, Muhammad tak tau bagaimana nak sebut secara betul daripada segi tajwid dan fasahahnya.

Hari ini Muhammad menerima jemputan ke rumah jiran sempena perayaan Tahun Baharu Cina. Muhammad pergi bersama keluarga. Abah cakap agama Islam adalah rahmat untuk sekalian alam. Abah cakap lagi Muhammad boleh berkawan dengan semua orang.

Abah selalu bagitau jika berkawan kena bawa akhlak Islam lebih-lebih lagi bersama dengan orang bukan Islam. Dalam Quran Allah sebut yang bermaksud:

"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."

Sekian. Opss. lupa nak cakap terima kasih kat Untie Ong dan Untie Anne yang bagi ang pau kat Muhammad. Juga Muhammad nak minta maaf sebab tak sengaja tumpahkan air kotak tadi. Tak sengaja bah!

Saturday, January 21, 2012

Mencintai-Mu


اللهم أني أسألك حبك وحب من يحبك وحب عمل يقربنى إلى حبك

اللهم ! اجعل حبك أحب إلي من نفسي وأهلي ، ومن الماء البارد

اللهم اجعل حبك أحب إلينا من أنفسنا وأهلينا ومن الماء البارد على الظمأ

Ya Allah, aku memohon kecintaan-MU, kecintaan orang yang sentiasa mencintai-MU, kecintaan apa sahaja amalan yang mendekatkan diriku kepada mencintai-MU. Ya Allah! jadikanlah kecintaanku pada-Mu lebih daripada cintaku kepada diriku sendiri, ahli keluarga dan air yang diingini orang kehausan.