"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, February 28, 2010

Program Bina Insan Guru siri 1 2010

Pada 22 hingga 25 Februari 2010, saya terlibat dengan Program Kem Bina Insan Guru (BIG) siri 1 2010 IPGM Kampus Keningau. Program yang dijalankan di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPGM Kampus Keningau ini melibatkan sebanyak 122 orang pelatih, terdiri daripada pelajar KPLI ambilan Jan. 2010 dan PISMP.

Program BIG adalah salah satu komponen mata pelajaran Bina Insan Guru yang wajib diikuti oleh pelajar.Ianya merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Kem Komanden yang bertugas untuk BIG kali ini ialah Tuan Ismail Thani manakala ketua jurulatih ialah Tuan Abdul Halim Hashim. Saya bertugas sebagai penolong jurulatih bahagian rohani/moral dan menjadi fasilitator kumpulan 6 yang dinamakan sebagai "Kumpulan Rajawali".

Tazkirah adalah aktiviti bahagian rohani/moral yang terkandung di dalam pakej BIG yang memperuntukkan enam slot. Setiap slot mempunyai dua aktiviti utama iaitu solat dan tazkirah atau perbincangan.

Aktiviti lain yang perlu diikuti pelajar ialah ujian-ujian psikologi, LDK, kembara , aktiviti di air, Malaysia cergas dan lain-lain. Kesemua aktiviti yang dijalankan mempunyai tujuan dan objektifnya yang tersendiri.

Menurut Kem Komandan, para peserta dapat mencapai objektif yang diharapkan dengan tahap yang amat memberangsangkan. Semua peserta lulus dalam BIG kali ini seperti kata-kata simbolik sebelum memulakan kembara, Pergi…. Dan tak kembali lagi.


13. Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.(al hujurat)





42. Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, Pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa Sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.(at taubah)



4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun (saf)



rkrkrkrkrkr.. rajawali..... kami bah tuuu.. aduuuuuuhh...nah qann. abis sudah




Friday, February 19, 2010

Sebat

An-nur:1 hingga 5

1. (Ini adalah) satu surat yang kami turunkan dan kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan kami turunkan di dalamnya ayat ayat yang jelas, agar kamu selalu mengambil peringatan.

2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka SEBATLAH tiap-tiap seorang seratus kali SEBATAN, dan janganlah berasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.

3. Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin.

4. Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik(berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, Maka SEBATLAH mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali SEBATAN, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.

5. Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Wednesday, February 17, 2010

Imam Mahdi

Berita tentang kelahiran Imam Mahdi pada akhir zaman telah disebutkan oleh Rasulullah SAW. Imam Syaukani dalam "التوضيح في تواتر ما جاء في المنتظر والدجال المسيح " menyatakan bahawa terdapat 50 hadis tentang Imam Mahdi yang mana hadis-hadis itu samada sahih, hasan maupun dhaif.

Dalam Sunan Abi Daud terdapat satu kitab khas iaitu Kitabul Mahdi, di dalamnya terdapat hadis-hadis tentang Al-Mahdi. Imam Tirmizi dalam sunannya menulis satu bab berkenaan Al-mahdi di dalam bab-bab berkenaan fitan.

Tidak ada hadis di dalam sahih Bukhari dan Muslim berkenaan Imam Mahdi, walau bagaimanapun Imam Muslim dalam kitabul Iman telah meriwayatkan Hadis yang mengisyratkan tentang Imam Mahdi.

Saya petik beberapa hadis berkenaan Imam Mahdi.


عن ثوبان رضى الله تعالى عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم بن خليفة ثم لا يصير إلى واحد منهم ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقاتلونكم قتالا لم يقاتله قوم ثم ذكر شيئا فقال إذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله المهدي هذا حديث صحيح على شرط الشيخين . مستدرك الحاكم -كتاب الفتن والملاحم

Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiriberhampiran tempatsimpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anakseorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudian baginda menuturkan sesuatu,Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya,hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi.

وروى مسلم بسنده عن جابر بن عبدالله، قال: سمعتُ النبيّ صلّى الله عليه وآله وسلّم يقول: لا تزال طائفة من أمّتي يقاتلون على الحقّ ظاهرين إلى يوم القيامة، قال: فينزل عيسى ابن مريم عليه السّلام، فيقول أميرُهم: تعالَ صَلِّ لنا، فيقول: لا، إنّ بعضكم على بعض أمراء؛ تكرمةً لهذه الأمّة

Muslim meriwayatkan dengan sanad daripada Jabir bin Abdillah, katanya: Aku dengar rasulallah SAW bersabda:“Akan tetap satu golongan dikalangan umatku memperjuangkan kebenaran, mereka itu terserlah sehingga hari kiamat, bersabda Nabi lagi; maka akan turun Isa bin Maryam, lantas berkatalah ketua mereka (muslimin); “Marilah mengimami kami”. Maka Isa berkata; ” Tidak, sesungguhnya sebahagian kamu keatas yang lain adalah pemimpin, penghormatan dari Allah untuk umat ini (umat Muhamad).

ترمذي- باب ما جاء في المهدي.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تذهب الدنيا حتى يملك العرب رجلٌ من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي

Sunan Tirmizi – Bab berkenaan Mahdi.

Sabda Nabi SAW "Tidak akan binasa dunia ini sehinggalah ia diperintah oleh seorang Arab daripada keluargaku. Namanya sama dengan namaku.


‏ ‏عن ‏ ‏أبي سعيد الخدري ‏ ‏قال ‏

‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏المهدي مني ‏ ‏أجلى ‏ ‏الجبهة ‏ ‏أقنى ‏ ‏الأنف يملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملئت جورا وظلما يملك سبع سنين ‏

Daripada Abi Said Al-Khudri katanya sabda Nabi SAW "Al-Mahdi daripadaku, luas dahinya , mancung hidungnya. Dia akan memenuhi dunia dengan dengan kebajikan dan keadilan sebagaimana dunia sebelum itu dipenuhi dengan kezaliman. Dia memimpin selama tujuh tahun.

Sunday, February 14, 2010

Mercun berdentum lagi


Hari ini Masyarakat Cina merayakan Sambutan Tahun Baharu Cina. Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada yang menyambutnya. Macam biasa kejiranan saya di Taman Juta yang berbangsa Cina menyambutnya dengan penuh kemeriahan dan warna-warni.

Di antara yang menjadi kebiasaan ialah main mercun dan bunga api. Semalam kami "disajikan" dengan kerlipan bunga api dan diselang seli dengan dentuman mercun yang menggaggu tidur kami.

Anak-anak saya bebrapa kali terjaga daripada tidur kerana terkejut dengan bunyi bising mercun. Saya sendiri pun hanya dapat tahan telinga saja tak boleh buat apa-apa. Namapaknya beginilah yang kami akan rasai setiap tahun baru Cina dirai.

Hari ini pula kami dapat melihat pertunjukan tarian singa dengan percuma di rumah kejiranan kami orang Cina. Kanak-kanak berlari keseronokan melihat kumpulan orang menunjukkan persembahan.

Apapun budaya dan adat resam orang tak boleh dicerca apatah lagi dihina. Kita meraikan kepelbagaian selagi tidak membatalkan air sembahyang!

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

108. Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, Kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan(al-an'am)

Sunday, February 7, 2010

Ulama' dan umara'

Petikan teks khutbah jumaat JAKIM pada 5.2.10.


..Imam al-Ghazali ketika mengulas peranan ulama’ dan umara’ pada zamannya pula menyatakan bahawa:
“ Adalah menjadi kebiasaan bagi ulama’ untuk melakukan kerja amar makruf dan nahi munkar tanpa mengira sangat tentang kekejaman pemerintah. Mereka percaya bahawa Allah akan menjaga mereka. Mereka rela menjadi syahid kalau ditakdirkan begitu oleh Allah. Oleh kerana mereka itu ikhlas, bersikap jujur dan menyumbangkan tenaga semata-mata untuk menegakkan ilmu, maka orang ramai mudah menerima nasihatnya. Tetapi sekarang lidah para ulama’ telah menjadi kelu kerana diikat oleh kepentingan. Kalaupun mereka bercakap, tidak akan berjaya kerana pembawaan hidup mereka sendiri berbeza dengan apa yang dicakapkan. Sesungguhnya rakyat rosak kerana pemerintah dan pemerintah rosak kerana ulama’. Sementara ulama’ pula rosak kerana tamak harta dan pangkat”.
Zaman Imam Ghazali pun sudah timbul golongan ulama yang berkepentingan apatah lagi zaman sekarang. Minta berlindung kepada Allah daripada ditimpa musibah ini.

Saturday, February 6, 2010

Berani dalam perjuangan

Saya menyeru kepada diri saya dan sahabat seperjuangan agar sama-sama mengikhlaskan diri hanya kerana Allah semata-mata.


قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ

Di hadapan kita hanya ada dua pilihan sahaja ……..samada kita berjuang di jalan Allah atau kita berjuang di jalan taghut-syaitan.


وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Telah menjadi sunnatullah bahawa orang yang membawa panji-panji kebenaran akan sentiasa berhadapan dengan musuh yang mengibar bendera kebatilan. Pertembungan antara hak dan batil akan sentiasa berlaku dan Allah akan memenangkan mereka yang menegakkan kebenaran.


وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Orang mukmin dan mukminah sentiasa tolong menolong di dalam amar makruf nahi mungkar.


وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Di sana juga ada munafiq dan munafiqah yang juga berkerjasama di dalam kerja amar munkar nahi makruf .


الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Sesungguhnya kerja-kerja Islam tidak menjanjikan kesenangan material di dunia ini.Ia tidaklah dibentangkan dengan permaidani merah atau ditaburkan dengan bunga-bunga. Jalan ini adalah jalan yang penuh ranjau dan liku.


لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ


Assyahid Hassan al-Banna di dalam bukunya, بين الأمس واليوم berkata:

“ Sesungguhnya dakwah kamu ini masih belum dikenali oleh kebanyakan manusia. Dan di hari mereka dikenali dan diketahui tujuan serta matlamat perjuangan , kamu akan menerima tentangan yang paling hebat, permusuhan yang keras dan kamu akan berhadapan dengan kesusahan dan rintangan yang amat banyak, Dan di masa itulah kamu barulah mulai menjalani jalan-jalan para pendakwah.

Sekarang, kamu masih belum dikenali, kamu masih dalam peringkat merintis jalan dakwah serta masih dalam peringkat membuat persediaan untuk berjuang dan berjihad.

Kejahilan rakyat adalah menjadi batu penghalang yang besar di hadapan kamu Dan kamu akan jumpa di kalangan ahli agama Islam dan ulamak rasmi yang merasa pelik cara kamu memahami Islam serta mereka akan menafikan perjuangan kamu untuk membela ugama Islam. Dan kamu akan dapati seluruh pemimpin negara, ketua masyarakat dan mereka yang mempunyai kekuasaan dalam negara akan dengki dan memarahi kamu.

Dan seluruh kerajaan di dunia waktu itu akan bangun menentang secara bersama dan setiap kerajaan akan menghalang keaktifan dan aktiviti-aktiviti kamu serta meletakkan batu penghalang di jalan-jalan kamu……mereka akan meminta bantuan dan kerjasama daripada kerajaan yang lemah dan orang yang tidak berakhlak mulia untuk menentang kamu. Dan semua mereka itu akan menimbulkan keraguan, kesamaran, kekeliruan dan tuduhan liar terhadap dakwah kamu.

Mereka akan meletakkan segala kelemahan dan kekurangan di atas dakwah kamu serta berusaha untuk mewujudkan/menjelaskan bahawa buruknya dakwah kamu kepada masyarakat umum dengan menggunakan kekuatan dan kekuasaan serta harta dan pengaruh mereka".

Hanya orang Yang Berani sahaja ….Layak Mendokong Perjuangan Islam!