"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, July 25, 2009

Kenapa kita wajib solat?(Bah.2)

13- ibadat semua makhluk. Makhluk lain selain manusia juga bersolat dengan kaifiat yang tidak kita ketahui.Firman Allah dalam surah an-nur:41
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Tidaklah kamu tahu bahawasanya kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha mengetahui apa yang mereka kerjakan.

14- sebaik-baik suruhan Allah. Sabda Nabi SAW:
أفضل الأعمال الصلاة لوقتها
Sebaik-baik amalan ialah solat pada waktunya

15- mendekatkan diri kepada Allah.Firman Allah SWT dalam surah al-alaq:19

كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ
Sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan).


16- sekolah membaiki akhlak. Firman Allah dalam surah al-maarij:19 -23

إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا (19) إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا (20) وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا (21) إِلَّا الْمُصَلِّينَ (22) الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ

Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, Yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya,


17- kerehatan, kebahagiaan dan penyejuk mata.Sabda Nabi SAW:
وجعلت قرة عيني في الصلاة
Dan dijadikan solat itu sebagai penyejuk mataku


18- cahaya dan pembela. Abu Darda’ pernah memberitahu:
صلوا ركعتين في ظلم الليل لظلمة القبر

Solatlah kamu dua rakaat dalam kegelapan malam untuk menyinari kegelapan kubur.

19- jalan-jalan petunjuk. Di dalam sahih muslim ada satu bab menyatakan bahawa solat berjamaah adalah daripada jalan-jalan petunjuk.

20- anugerah ilahi. Solat adalah sebesar-besar anugerah Allah kepada para hamba-Nya. Nabi SAW menerima perintah Allah ini secara terus daripada Allah SWT di Sidratul Muntaha, tidak seperti perintah-perintah lain yang diterima melalui perantaraan Malaikat Jibril

21- mengsyukuri nikmat Allah.Firman Allah dalam surah al-ankabut:17
وَاعْبُدُوهُ وَاشْكُرُوا لَهُ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan sembahlah Allah serta bersyukurlah kepada-Nya yang kamu akan dikembalikan

22- menyakitkan hati orang-orang kafir. Firman Allah dalam surah at-taubah:120

وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَيْلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُمْ بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ إِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik,


23- membebaskan diri daripada penghambaan kepada manusia. Hanya orang yang menghambakan diri kepada Allah sahaja yang akan masuk syurga.

24- pencegah daripada kemungkaran. Allah berfirman dalam surah al-ankabut:45

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

25- penebus bagi kesalahan. Solat akan menjadi pembela kepada orang yang melakukannya dengan sempurna.

26- tempat berlindung orang mukmin. Sifat orang mukmin diantaranya ialah apabila ditimpa musibah maka dia terus melakukan solat

2 comments:

perpustakaan4u said...[Balas]

salam ziarah, tahniah blog yang sangat bermanfaat..
ana ingin membantu ustaz didalam mencari sumber rujukan ilmiah..
kini perpustakaan hanya dihujung jari.. kami sediakan untuk ustaz ..
ustaz mampu memilikinya.. untuk keterangan lanjut sila lawati blog ana..
http://perpustakaandigital4u.blogspot.com/

mohdrusli said...[Balas]

Terima kasih

Post a Comment