HARIS(Halaqah Riyadhus solihin) pada 24 Julai yang lalu membincangkan tentang kelebihan solat berjemaah. Sebenarnya tajuk solat berjemaah sudah sedia maklum tentang hukum,fadhilat dan kelebihannya. Hadis Nabi SAW:
صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة
Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda. Banyak hadis lain yang menjelaskan tentang kelebihan solat berjemaah dan ruginya orang yang tidak menyertainya. Para ulama khilaf tentang hukum menyertai solat berjemaah. Ada pendapat mengatakan ianya sunat muakkadah, ada yang mengatakan wajib, fardhu ain ataupun fardhu kifayah.
Tidak ada khilaf di kalangan ulama tentang kelebihan dan fadhilat yang akan diperoleh orang yang menyertai jemaah berbanding dengan orang yang tidak menyertainya. Ulama sepakat menyatakan bahawa tidak menyertai jamaah adalah satu kerugian yang besar. Bagi orang mukmin yang mengharapkan redha Allah sudah tentu akan merebut peluang untuk tidak ketinggalan menyertai solat berjemaah.
Firman Allah dalam surah at-taubah:18 mafhumnya "Hanya orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."
Allah bagitahu hanya yang memakmurkan masjid-Nya yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut selain kepada Allah, bagaimana pula kalau tidak memakmurkannya? Fikir-fikirkanlah jawapannya.
0 comments:
Post a Comment