“Why we should performing solat?” adalah tajuk ceramah yang saya berikan kepada para peserta Bengkel pemantapan Solat, bertempat di Dewan Utama SMK Kundasang pada 04.07.09 yang lepas. Pada mulanya tajuk ini diberikan kepada Ust. Assc. Prof. Dr. Habeeb Rahman tetapi memandangkan beliau tidak dapat hadir maka saya diminta untuk menggantikan beliau. Saya memetik hasil tulisan Mohd Ahmad bin Ismail dalam menyampaikan tajuk tersebut. Tajuk asal ialah لماذا نصلي؟ . Berikut ialah terjemahan buku tersebut dengan sedikit suntingan.
Kenapa kita bersolat?
Oleh: Mohd bin Ahmad bin Ismail
1- sebesar-besar rukun Islam selepas mengucap dua kalimat syahadah. Sabda Nabi SAW:
بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة وصوم رمضان وحج البيت
Islam terbina di atas lima rukun: mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji.2- perkara terpenting dalam agama. Umar al-Khattab pernah berkata:لا حظ في الإسلام لمن ترك الصلاة – tidak ada bahagian dalam Islam bagi sesiapa yang meninggalkan solat.
3- seiring dengan fardhu-fardhu lain. Di dalam banyak-banyak suruhan Allah SWT di dalam al-quran, solatlah yang didahulukan.
4- ibu bagi segala ibadat.
5- perintah Allah. Firman Allah: (al-bayyinah:5)
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.6- wasiat terakhir Rasulullah.
عن أنس بن مالك؛ قال: كانت عامة وصية رسول الله صلى الله عليه وسلم حين حضرته الوفاة، وهو يغرغر بنفسه ((الصلاة. وماملكت أيمانكم)).
Daripada Anas bin Malik katanya “Adalah wasiat umum Nabi SAW ketika saat kematiannya ialah tentang menjaga solat dan orang di bawah jagaan kamu”.7- cermin amalan mukmin. Sabda Nabi SAW:
أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة الصلاة
Perkara yang mula-mula seorang hamba dihisab pada hari qiamat ialah solat.8- tiang bagi semua syariat samawi. Perintah mengerjakan solat bukan sahaja disyriatkan kepada umat Nabi Muhammad SAW bahkan juga kepda nabi-nabi lain.
9- syiar negara Islam. Jika sesebuah negara itu umatnya sentiasa mendirikan solat maka tidak syak lagi bahawa negara itu mengamalkan ajaran Islam. Firman Alah SWT: (al-haj:41)
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.10- Iman. Solat ialah gambaran beriman atau tidak seseorang muslim. Hanya orang beriman sahaja akan menegakkan solat.
11- kelepasan daripada sifat munafik. Munafik ialah seseorang yang berpura-pura beriman sedangkan hakikatnya ia kufur.
12- jalan orang mukmin.
0 comments:
Post a Comment