Dan tidak ada
salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang
perempuan (yang kematian suami dan masih dalam iddah) atau tentang kamu menyimpan dalam hati
(keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan
menyebut-nyebut atau mengingati mereka, (yang demikin itu tidaklah salah) akan
tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebut
kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan
bersungguh-sungguh hendak melakukan akad nikah sebelum hadis iddah yang ditetapkan
itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah
mengetahui apa yang ada dalam hati kamu; maka beringat-ingatlah kamu akan
kemurkaan-Nya, dan ketahuilah sesunguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyabar.
Dalam ayat ini dijelaskan bahawa seorang
laki-laki boleh mengucapkan kata-kata sindiran untuk meminang wanita yang
masih berada dalam masa idahnya, baik iddah kerana kematian suami,
maupun iddah talak bain. Tetapi tidak dibenarkan jika wanita itu
berada dalam masa idah dari talak raj`i. kerana masih ada kemungkinan
perempuan itu akan kembali kepada suaminya semula.
Contoh Kata-kata yang menggambarkan si lelaki itu mempunyai maksud untuk
mengawininya bila telah selesai iddahnya.
“Saya senang sekali bila mempunyai isteri yang memiliki sifat-sifat
seperti engkau.” ‘Sesungguhnya kamu seorang wanita yang mempunyai sifat yang
disenangi lelaki”. “Ramai orang minat dengan kamu”. "Sesungguhnya aku
tidak ingin kawin dengan seorang wanita selainmu, insya Allah." Atau
"Sesungguhnya aku berharap dapat menemukan seorang wanita yang solihah".
Cara seperti itu dikehendaki supaya
perasaan wanita yang sedang berkabung itu tidak tersinggung, juga untuk
menghindarkan reaksi jelek dari keluarga bekas suami dan daripada pandangan masyarakat
umum.
Allah menghendaki pinangan tersebut tidak
dilakukan secara terang-terangan tetapi hendaknya dengan kata-kata kiasan yang
merupakan pendahuluan, dilanjutkan nanti dalam bentuk pinangan rasmi ketika
perempuan tersebut telah habis iddahnya.
Allah melarang apabila seorang laki-laki
mengadakan janji akan kahwin atau memujuknya untuk kahwin secara
sembunyi-sembunyi atau mengadakan pertemuan rahsia tanpa pengetahuan wali.
Haram akad nikah perempuan dalam iddah ولا تعزموا عقدة النكاح
Allah melarang melangsungkan akad nikah
dengan wanita yang masih dalam iddah. Suatu larangan yang haramnya adalah haram
qath`i dan hakim hendaklah melakukan fasakh jika akad diteruskan juga.Wanita dalam iddah perlu mengira hari
iddah mereka حتى يبلغ الكتاب أجله
Wajibnya muraqabatullah (merasa adanya
pengawasan Allah Ta’ala) dalam keadaan sendirian atau dihadapan khalayak ramai,
dan membentengi diri. Allah mengancam orang-orang yang
menentang ketentuan ini dan Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dalam
hati sanubari manusia. Namun demikian Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang
kepada orang-orang yang segera bertaubat.
Dalam ayat ini mengandungi dua keharusan
dan dua larangan. Harus meminang wanita dalam iddah secara sindiran dan harus
menyimpan niat untuk kahwin di dalam hati. Manakala dua larangan terkandung dalam
ayat ini ialah larangan membuat pakatan sulit dengan wanita dalam iddah dan larangan
aqad nikah dengan wanita yang sedang beriddah.
0 comments:
Post a Comment