Ayat di atas menjelaskan tentang hukum
wanita yang diceraikan sebelum disetubuhi dan sebelum menentukan mahar
untuknya. Dalam situasi sebegini, si isteri berhak mendapatkan mut’ah (hadiah atau pemberian) . Manakala
jika sudah ditetapkan mahar dan belum disetubuhi, mereka berhak mendapat
separuh daripada mahar.
Islam menitikberatkan keharmonian dalam
kehidupan berkeluarga. Antara tujuan perkahwinan ialah supaya setiap pasangan
dapat merasa kasih sayang antara satu sama lain. Ada kalanya pasangan tidak
serasi dan mempunyai masalah dalam perkahwinan. Justeru syariat juga
membenarkan sesuatu ikatan perkahwiann itu dileraikan walaupun ianya tidak
digalakkan.
Boleh bagi seorang suami menceraikan
isterinya sebelum ia mencampurinya, ungkapan dalam ayat ‘Laa Junaha’ لا جناح (tidak ada dosa) memberikan isyarat bahawa
yang lebih utama adalah tidak melakukannya (maksudnya tidak menceraikannya).
Ulama telah mengambil istinbat daripada
ayat ini dengan menyatakan bahawa boleh bagi seorang laki-laki mengahwini wanita
tanpa menyebut mahar (ketika aqad nikah) sebagaimana ayat, “dan sebelum kamu
menentukan maharnya”.
Dalam masalah ini, terdapat tiga keadaan,
pertama nikah dengan syarat membayar mahar dan menentukan maharnya, kedua nikah
dan tidak mensyaratkan dan tidak pula menentukan mahar;dan yang ketiga, nikah
dengan syarat tidak membayar maharnya.
Untuk
yang pertama dan kedua nikahnya sah, dan maharnya disesuaikan dengan
mahar saudari-saudarinya atau yang semisal dengan dia, manakala yang ketiga, ulama
khilaf tentangnya. dan yang rajih bahawa
nikahnya tidak sah. Wallahu a’lam.
Ayat ini juga menunjukkan bahawa Islam
tidak membebani umatnya. Dalam soal pemberian mut’ah hendaklah melihat keadaan suami,
apabila ia dalam keadaan kaya maka ukuran mut’ah disesuaikan dengan kekayaannya
dan jika dia miskin maka kewajiban atasnya sesuai ikut kemampuannya.
وعلى الموسع قده وعلى المقتر قدره
Ayat ini menunjukkan bahawa “Terangkatnya
beban kewajiban dengan sebab adanya ketidakmampuan’, sesuai dengan ayat yang
disebutkan dalam surat Al-Baqarah ayat 286, “Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya….”
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Jika cerai tak dapat tidak berlaku,
maka kena ingatlah kelebihan dan sumbangan masing-masing ketika hidup sebagai
suami isteri. Janganlah mengungkit dan menjaja keaiban bekas pasangan. Kita
kena ingat bahawa masing-masing ada kelebihan.
ولا تنسوا الفضل بينكم
Semoga al-Quran menjadi pedoman hidup
kita sepanjang masa sehingga kita bercerai nyawa. Jangan lupa baca quran. Hati tenang hidup riang.
Al-Quran penyuluh kehidupan.
وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وعلى آله وصحبه والسلام عليكم
ورحمة الله
0 comments:
Post a Comment