Hati ialah satu makhluk
Allah yang paling unik. Ramai orang sebut tentang hati ini. Sakit hati, buah
hati, makan hati, hati busuk, hati keras, hati mati, mata hati, cendera hati
dan lain-lain istilah berkaitan hati.
Nabi صلى الله عليه
وسلم ada bersabda bahawa
dalam satu jasad ada satu ketul daging yang mana jika baik daging itu maka
baiklah seluruh jasad , jika buruk maka buruklah keseluruhan jasad. Itulah
namanya hati.
Allah سبحانه وتعالى berfirman yang bermaksud “(yaitu) di hari harta dan anak-anak
laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati
yang bersih,”(as syuara’:88-89)
Hati orang
beriman adalah hati yang bersih. Hati yang bersih dipancari nur iman. Lantas
terserlahlah dia melalui amalan yang salih, budi pekerti yang mulia. Apabila
iman memasuki hati maka hati akan menjadi tenang dan lapang.
Orang beriman
malar mengingati Allah. Dengan mengingati Allah hati akan tenteram. Allah سبحانه وتعالى berfirman yang bermaksud “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati
mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (ar ra’d:28).
Ironinya, manusia
mencari ketenteraman dan kelapangan hati dengan perkara-perkara yang boleh
membuatkan hati menjadi mati. Hati boleh menjadi mati dengan maksiat kepada
Allah.
Apabila seseorang
buat maksiat maka satu titik hitam akan ternoktah di dalam hatinya. Jika ia
bertaubat maka terpadamlah titik hitam itu. Jika ia terus menerus melakukan
maksiat maka seluruh hatinya akan menjadi hitam yang boleh menjadikan cahaya
iman terpadam.
Jika hati
diselubungi karat maka semua kerja tidak berkat. Ilmu yang dipelajari tidak
bermanfaat. Belajar agama sampai tahap PHd tapi hukum agama ditolak ke tepi
kerana masalah hati. Hati mati adalah pengundak daripada mentaati Allah.
Sebagai intiha,
marilah sama-sama kita sirami hati dengan baja iman dan taqwa supaya ia
sentiasa mekar dan bersinar. Jauhi diri daripada maksiat kerana maksiat hati
berkarat. Jika terlanjur buat maksiat maka segeralah bertaubat.Semoga kehidupan
kita mendapat berkat!
0 comments:
Post a Comment