Kali pertama tapak kaki saya pijak Bandaraya Kota Kinabalu pada 1 Julai 1999. Saya
ditempatkan mengajar di Sekolah Menengah kebangsaan Kuala Penyu, yang terletak
dalam Bahagian Beufort. Masa itu saya bujang lagi. Belum kahwin.
saya bersama Tok Nebang
Sepanjang berada
di Sabah tak terasa pun nak panjat Gunung Kinabalu. Mungkin saya jenis orang
yang tak suka aktiviti lasak dan mencabar. Saya panjat Gunung Kinabalu dan
sampai ke puncak dengan jayanya pada 21 Oktober 2012.
Ust Ab. Hadi
Ceritanya bermula
dengan Tok Nebang kampung saya. Anak dia Ain ada konvokesyen di UMS. Jadinya
dia bercadang nak panjat gunung Kinabalu. Ringkas cerita, untuk meraikan
kehendak Tok Nebang maka saya bersetuju.
pemandangan menarik di perjalanan
Urusan panjat
gunung diurus oleh adik saya Ust Ab Hadi. Dia mengajar di SK Kaingaran dalam
Daerah Ranau. Dah kahwin dengan orang Sabah, Azrinah yang juga merupakan
pelajar saya, KPLi j-qaf ambilan 2007.
Panjat gunung ni
memerlukan stamina yang kuat disamping keazaman yang jitu untuk sampai ke
puncak sana. Tempat paling tinggi di bumi Malaysia bahkan Asia. Alhamdulillah.
dengan izin Allah saya sampai juga puncak Gunung Kinabalu.
Saya, adik saya,
Tok Nebang dan dua orang anaknya memulakan aktiviti panjat gunung pada hari
Sabtu 20 Oktober 2012, jam 930 pagi. Kami di pandu oleh seorang pemandu
terlatih. Laluan kami ikut Mesilou, laluan yang lebih jauh jaraknya berbanding
laluan Timpohon.
Dalam keadaan
hujan kami memanjat gunung. Sepanjag perjalanan kami dapat tengok keindahan
alam ciptaan tuhan. Masya Allah Tabarakllah!
Bumi Allah cukup luas.
“Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah
bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari
rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (al
mulk:15)
Trek laluan taklah mencabar sangat. Hanya perlu
sabar berjalan macam biasa sejauh 6 km untuk sampai ke Laban Rata. Kalau letih
rehat sekejap. Banyak tempat rehat sepanjang perjalanan. Tandas pun ada. Makna
katanya orang jenis cirit birit pun boleh panjat.
Mengikut nasihat pemandu kami, jangan
paksa kalau tak larat. Berjalan ikut kudrat. Kalau boleh laju maka pergi saja.
Insya Allah tak sesat. Kumpulan kami yang paling depan ialah Alif dan Ikram,
anak tok nebang. Saya dengan tok nebang jalan bersama manakala Hadi tercorot di
belakang. Tok Nebang ni walaupun umur sudah kepikunan tapi boleh tahan juga.
Semangatnya membara mengalahkan jiwa muda.
Alif dan Ikram sampai Laban Rata jam
330pm. Saya dan Tok Nebang sampai jam 630pm manakala Hadi menyusul setengah jam
kemudian. Alhamdulillah, selesai satu bab mendaki. Bab seterusnya sambung besok
pagi. Rehat dulu di sini.
Suasana di Laban Rata, menikmati makan malam
Kantin di tempat persinggahan, Laban Rata
2 comments:
cecite lagi ustaz, best pulok baca entry ustat ni. sambung lagi cerite. hehehe
Bani Irwin,
ada sambungannya.jom kita buat gast atas sana.
Post a Comment