Saturday, February 18, 2012
Gotong-royong di SK Kampung Keningau
Hari ini Muhammad tengok orang bergotong-royong di SK Kampung Keningau. Syok bah tengok orang bergotong-royong. Mereka ialah para pelajar abah di IPG. Muhammad sebenarnya mau juga join sama diurang tapi abah tak kasih. Abah bilang Muhammad kecil masih.
Amalan bergotong royong ataupun pauguyuyuan ini amat bagus untuk diamalkan. Antara kebagusannya ialah sihat tubuh badan, mengeratkan hubungan, kerja susah jadi senang di samping dapat isi waktu terluang dengan kerja bemanfaat.
Muhammad tengok orang gergaji kayu, mengecat bangunan, menyapu sampah. Muhammad capai satu batang penyapu dan terus menyapu. Muhammad pun nak pahala juga. Orang bilang kalau kita tak bulih buat semua maka jangan ditinggalkan semua.
Kat rumah Muhammad selalu tulung nenek Insin sapu sampah. Seronok sapu sampah. Rumah jadi bersih. Barulah selesa dan nyaman. OK lah setakat ini saja Muhammad laporkan siaran terus dari SK Kampung Keningau. Bye.
Labels:
Diari Muhammad
1 comments:
baiknya muhammad... ^_^
Post a Comment