"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, February 6, 2012

Cinta Nabi: Memadaikah Dengan Sambutan Maulid?

Setiap 12 Rabiul awwal umat Islam akan merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Banyak program diaturkan. Berzanji, marhaban, selawat, perarakan sepanduk dan sebagainya. Apabila ditanya kenapa sambutan sedemikian diadakan maka jawapannya ialah kerana rasa cinta dan sayang kepada Nabi SAW.

Sejauh manakah kebenaran akan jawapan terhadap persoalan tadi? Adakah mereka yang menyertai sambutan maulid nabi itu adalah orang yang betul-betul cinta nabi? Bagaimana pula orang yang tidak menyambutnya? Adakah mereka tidak sayang nabi?

Jika kita tengok sejarah perayaan maulid nabi ini, kita dapati bahawa antara yang mula-mula sambut kelahiran nabi Muhammad ialah Abu Lahab. Di dalam sirah menyatakan bahawa Abu Lahab terlalu gembira dengan kelahiran anak saudaranya, Muhammad sehingga disembelihnya beberapa ekor unta dan membebaskan hamba sahaya.

Apa jadi pada Abu Lahab? Antara yang mula-mula menentang dakwah nabi pun Abu Lahab juga. Penentangan yang amat dahsyat. Allah paparkan kebinasaan dan kecelakaan Abu Lahab kerana penentangannya terhadap nabi SAW. Allah sebut:

Binasalah kedua tangan abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar(penyebar fitnah). Yang di lehernya ada tali daripada sabut (al-masad:1-5).

Kita tak mahu jadi macam Abu Lahab. Gembira denga kelahiran nabi tapi tidak menerima dakwah yang dibawa oleh nabi. Bukan setakat tidak beriman bahkan menentang nabi SAW. Janganlah nabi dilupakan spertimana sepanduk yang ditinggalkan selepas habis perarakan.

Orang yang sambut hari maulid tak semestinya dia beriman kepada nabi SAW. Yang tidak merayakannya tidak semestinya dia tidak beriman dan cinta kepada nabi. Nabi SAW tak pernahpun menganjurkan ummatnya supaya ucap “Happy Birthday To you”.

Apa yang penting ialah kita ikut sunnah nabi s.a.w. Kehidupan kita ikut cara nabi. Ibadah, duduk, diam, kerja buat semuanya berpandukan kepada cara yang ditunjukkan oleh baginda. Dua perkara yang menjadi panduan kita, iaitu quran dan hadis nabi s.a.w.

0 comments:

Post a Comment