"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, February 25, 2012

Assalam.. Ust, Ada Persoalan



+601948089-

Assalam..Ust, ada persoalan tentang sambutan hari jadi dan pengunaan kek dalam mana2 sambutan, minta ust ulas psl ni dlm blog, trima kasih..

Asal sesuatu dalam urusan kita adalah harus, melainkan ada yang melarangnya. Hukum asal dalam cara beribadat adalah haram. Tidak boleh kita beribadat melainkan sebagaimana yang ditunjukkan oleh syarak.

Adapun tentang sambutan hari jadi maka hukumnya adalah harus kerana tiada nas yang melarang. Penggunaan kek dalam mana-mana sambutan juga adalah harus jika kek itu halal dimakan.

Menyambut hari jadi tak pernah disyariatkan. Ianya tak boleh diangkat sebagai ibadat khusus, temasuk menyambut hari lahir nabi saw. Nabi saw tak pernah pun suruh para sahabat angkat sepanduk sambut hari jadi baginda.

Jika nak sambut hari jadi juga maka pastikan ianya bebas daripada unsur-unsur yang tidak diharuskan oleh syarak seperti majlis tari menari bebas antara lelaki dan perempuan, hidangan arak, tidak menutup aurat dan sebagainya.

Penggunaan kek juga tidak terlepas daripada hukum syarak. Pastikan kandungan kek itu tidak ada bahan haram. Punca pendapatan mestilah halalan thoyyiban. Cumanya jangan makan kek banyak sangat, sebab kandungan gulanya tinggi, tak baik untuk kesihatan.

Wallahu a'lam.

2 comments:

Anonymous said...[Balas]

salam
ustaz
mcm mana dgn fatwa ini ?

http://www.youtube.com/watch?v=PWz9pJQ10AU&feature=relmfu

mohdrusli said...[Balas]

Macam yang saya jawab di atas. Asal sesuatu adalah harus. Menyambut hari lahir tak boleh diangkat sebagai ibadah sunnah termasuk sambut hari maulid.

Post a Comment