"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, September 18, 2011

Muslimah Mengziarahi Kuburan

Apakah hukum muslimah yang mengziarahi kuburan, ada sebahagian daripada mereka duduk di atas kuburan dan ada juga yang bercerita tentang hal duniawi?

Sebelum saya menjawab persoalan di atas suka saya menarik perhatian si penanya akan hukum perempuan mengziarahi kubur adakah ianya diharuskan oleh syarak atau sebaliknya.

Pada umumnya perempuan mengziarahi kubur adalah makruh. Hal ini demikian kerana dikhuatiri perempuan akan membuat sesuatu yang ditegah syarak seperti meraung dan meratapi kematian. Jiwa dan perasaan seorang perempuan adalah sensitif dan mudah tersentuh dengan sesuatu keadaan.

Keharusan perempuan mengziarahi kubur tidak mutlak. Ianya bergantung kepada beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah mendapat persetujuan dan izin dari wali atau suami. Haram hukumnya jika wanilta keluar tanpa izin suami atau wali.

Disamping itu dia mesti menjaga adab dan batas sebagai seorang perempuan seperti menutup aurat, tidak memakai pakaian yang menarik perhatian lelaki, tidak memakai wangian, menjaga pandangan serta tutur kata.

Berkenaan duduk di atas kuburan maka jumhur ulama telah mengatakan bahawa ianya adalah haram samada bagi lelaki maupun perempuan. Hadis nabi SAW:

لأن يجلس أحدكم على جمرة فتحرق ثيابه فتخلص إلي جلده خير له من أن يجلس على قبر

“Sekiranya salah seorang di antara kamu duduk di atas bara api lalu membakar pakaian dan kulitnya adalah lebih baik daripada duduk di atas kubur”. Hadis ini sahih, diriwayatkan oleh Muslim.

Bercerita tentang hal duniawi di kuburan juga adalah sesuatu yang ditegah. Objektif ziarah kubur ialah supaya dapat mengambil iktibar dan ibrah serta mengingatkan diri kepada mati seterusnya beramal untuk menghadapi mati.

Kesimpulannya, lebih baik bagi wanita agar tidak mengziarahi kubur. Jika mau ziarah juga maka hendaklah menjaga adab dan tatasusila yang telah digariskan. Sekiranya datang ke kubur untuk duduk di atasnya dan bersembang tentang keduniaan maka hukumnya adalah HARAM.

3 comments:

Nur Alisyah said...[Balas]
This comment has been removed by the author.
mbb said...[Balas]

عن أم عطية قالت: نهينا عن اتباع الجنائز, ولم يعزم علينا. متفق عليه

Dari Ummi Athiyah katanya, Kami dilarang mengiringi jenazah akan tetapi larangan itu tidak begitu keras.(kitab Bulughul Maram)

Assalamualaikum ustaz,
Menurut ibn Hajar al-Asqalani, haram perempuan menghantar jenazah ke kuburan.
Persoalan saya sekarang, (..tetapi larangan itu tidak begitu keras) maksudnya boleh ke ustaz? jatuh hukum makruh?

mohdrusli said...[Balas]

@mastinah
seperti yang dijelaskan

Post a Comment