"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, October 24, 2011

Konvokesyen Bukan Matlamat



Pada 17 Oktober 2011 lepas saya telah dijemput menjadi ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam, bertempat di Pusat Latihan Dakwah Keningau(PLDK). Majlis ini diadakan sempena Majlis Konvokesyen PLDK kali ke-10. Bersama saya yang turut dijemput sebagai ahli panel ialah Ustaz Bongsu Aziz dan Ustaz Tahir.

Tajuk forum berkisar tentang matlamat sebenar menuntut ilmu. Adakah menuntut ilmu itu untuk mendapat segulung sijil dalam majlis konvokesyen? Jika konvokesyen bukan matlamat menuntut ilmu maka apakah matlamat sebenar menuntut ilmu?

Sebenarnya tidak salah untuk menyertai majlis konvo ini. Ia adalah salah satu pengiktirafan tentang ilmu yang telah dipelajari. Pemakaian topi empat segi itu melambangkan sebuah buku yang dijunjung di atas kepala manakala toncang yang berjuntai itu ialah penanda buku. Seorang yang telah bergraduasi sepatutnya mempunyai ilmu sejajar dengan tahap pendidikan yang dilalui ,bukan sekadar tertulis di atas kertas yang bernama ijazah.

Setiap penuntut ilmu mestilah ada matlamat tertentu kenapa dia menuntut ilmu. Dalam Islam menutut ilmu pengetahuan adalah satu kewajipan. Hadis nabi SAW yang bermaksud “Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap orang muslim”. Dengan kata lain menuntut ilmu adalah ibadat.

Kita menuntut ilmu supaya dapat beramal dengan ilmu yang ada. Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok tanpa buah. Allah SWT amat murka seseorang yang berilmu tetapi kosong daripada taqwa. Allah SWT mengiktiraf bahawasanya hanya yang takut kepada-Nya adalah daripada golongan ulama. Maknanya jika ada ilmu tapi tak takut kepada Allah maka dia bukan ulama. Ini ular dalam semak.

Tujuan ilmu juga adalah untuk melahirkan hamba Allah yang pandai bersyukur. Tengok kisah nabi Daud dan Sulaiman yang telah diberikan ilmu pemgetahuan. Allah SWT sebut:

وَلَقَدْ آَتَيْنَا دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ عِلْمًا وَقَالَا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي فَضَّلَنَا عَلَى كَثِيرٍ مِنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ

Dan sesungguhnya kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hamba-hambanya yang beriman".(an naml:15)

Menutut ilmu bukan untuk dibaggakan, bukan untuk dilihat manusia sebagai orang yang hebat, yang petah berkata-kata, bukan untuk dipuji dan dipuja. Ingat! Sabda nabi SAW:


عَنْ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ

Maksudnya: Daripada Ka’ab bin Malik R.A., katanya: Aku mendengar RasululLah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orangramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka."


Kesimpulannya marilah kita mengikhlaskan diri dalam menuntut ilmu pengetahuan. Objektif sebenar menuntut ilmu pengetahuan perlu dihayati oleh kita semua supaya matlamatnya tidak tersasar daripada yang dikehendaki Islam.

والله أعلم

3 comments:

Anonymous said...[Balas]

Tahniah ustaz Kerana berjaya menamatkan pengajian dan konvokesyen di peringkat master..semoga dirahmati Allah..

mohdrusli said...[Balas]

@AnonymousTerima kasih. Konvo bukan matlamat

shamain said...[Balas]

Tahniah ustaz.....

Post a Comment