"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, September 10, 2011

Puasa Enam Hari Dalam Bulan Syawal

Puasa enam hari dalam bulan Syawal adalah salah satu puasa sunat yang digalakkan dalam Islam. Ganjarannya sungguh besar sebagaimana hadis nabi SAW yang bermaksud “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diteruskan dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa”.

Dengan rahmat Allah SWT setiap amalan kebajikan digandakan dengan sepuluh kali ganda. Berpuasa sebulan mendapat ganjaran seperti sepuluh bulan dan berpuasa enam hari pada bulan Syawal mendapat ganjaran seperti berpuasa dua bulan. Sebab itu nabi SAW bersabda orang yang melazimi berpuasa Ramadahan dan enam hari dalam bulan Syawal mendapat ganjaran puasa sepanjang masa.

Kita boleh memulakan puasa enam pada 2 Syawal. Masanya berlanjutan sehingga habis bulan Syawal. Apa yang penting dalam melaksanakan puasa enam hari dalam bulan Syawal ialah ianya perlu dilaksanakan dalam bulan Syawal samada awal bulan, pertengahan atau akhir bulan. Terserah kepada individu samada nak lakukan berterusan atau selang seli.

Satu perkara yang selalu kita dengar dalam ibadat puasa enam ialah sambutan hari raya puasa enam. Sebenarnya tidak ada hari raya puasa enam. Raya dalam Islam hanyalah dua iaitu Raya Puasa dan Raya Haji. Tak payahlah berpakat untuk puasa enam serentak beramai-ramai kerana nak sambut raya pusa enam bersama rakan.

0 comments:

Post a Comment