"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, April 1, 2011

Halaqah Riyadhus solihin 8 (HARIS 8)

Tarikh:11 Mac 2011

Tempat:Masjid IPG Kampus Keningau

Masa:selepas solat Subuh

الاستقامة

قال الله تعالى " فاستقم كما أمرت " هود

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu.(Hud:112)

قال تعالى " إن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا تتنزل عليهم الملائكة أن لا تخافوا ولا تحزنوا وأبشروا بالجنة التي كنتم توعدون نحن أولياؤكم في الحياة الدنيا وفي الآخرة ولكم فيها ما تشتهي أنفسكم ولكم فيها ما تدعون نزلا من غفور رحيم " "فصلت "

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu". Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) daripada Tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayang.(fussilat:30-32)

وعن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله رضي الله عنه قال قلت يا رسول الله قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحدا غيرك قال قل آمنت بالله ثم استقم رواه مسلم

Daripada Abi Amru (juga dikenali Abi Amrah), Sufyan bin Abdillah RA katanya: Aku bertanya kepada rasulillah berkenaan Islam yang mana tak perlu lagi aku bertanya selain daripadanya, Baginda menjawab Katakanlah: Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.

Istiqamah ialah tetap melakukan amal kebaikan pada setiap masa walau di mana berada. Juga boleh dikatakan sebagai orang yang sentiasa berada di jalan al mustaqim jalan yang mana kita selalu minta ketika membaca surah al fatihah.

Orang yang beristiqamah tidak akan dipengaruhi dengan keadaan dan hal ehwal sekelilingnya. Mereka ada pegangan dan jati diri yang utuh, tidak mudah goyah dengan situasi sekeliling. Orang yang tidak istiqamah seperti seekor sumpah-sumpah yang selalu berubah rupa dan warna.

Jadilah seperti seekor ikan. Jati diri ikan amat kuat, tidak terpengaruh dengan masin laut disekelilingnya. Buktinya ialah apabila kita naak goring ikan, kita akan lumurkan garam di badannya supaya masin.

Sifat istiqamah amat penting. Daripadanya akan lahir individu yang ikhlas dalam ibadat dan seterusnya menjadi insane yang bertaqwa dengan mencapai maqam ihsan yang dikehendaki dan dituntut ke atas kita mencapainya.

0 comments:

Post a Comment