Fitrah manusia suka kepada harta. Tiada makhluk yang bernama manusia yang tidak suka kepada harta. Harta dan anak pinak adalah perhiasan hidup di dunia. Tanpa harta dan anak pinak hidup di dunia tiada serinya.
Allah SWT berfirman maksudnya:
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, dan amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi tuhanmu serta lebih baik menjadi pengharapan.(al-kahf:46)
Manusia selalu bermegah dengan harta yang dimiliki. Selalunya orang yang berusaha mengumpul harta akan lalai dan berpaling daripada mengingati Allah. Di dalam al-quran Allah SWT memberi peringatan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Bermegah-megahan(dengan memperbayakkan harta) telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. (At Takaatsur: 1-2).
Kerana harta manusia sanggup bermusuhan di antara satu sama lain. Hasad dengki menguasai diri. Pertalian kekelurgaan tidak bererti lagi apabila masing-masing mengejar harta.
Apa hakikat harta sebenarnya? Kenapa banyak manusia tertipu dengannya? Tak cukupkah harta yang sudah ada? Boleh di bawa ke lubag kuburkah harta benda? Kenapa manusia sibuk berkejar sini berkejar sana dek kerana harta?
Sabda Nabi SAW:
"Anak Adam ada berkata: Hartaku-hartaku!! Sesungguhnya bukanlah harta engkau kecuali hanyalah apa yang telah engkau makan hingga habis, atau engkau pakai hingga rusak lusuh, atau engkau sadaqahkan hingga engkau mendapatkan pahalanya."
Rasulullah (s.a.w) bersabda:
"Sekiranya anak cucu Adam memiliki dua lembah emas nescaya dia tetap masih menginginkan lembah emas yang ketiga, dan sekali-kali tidak akan penuh mulut anak cucu Adam kecuali tanah,dan Allah menerima taubat bagi orang yang bertaubat".
Ironinya realiti yang ada di depan mata kita bahawa orang berharta selalu dicengkam derita dan tidak cukup dengan apa yang ada. Ramai orang yang bergaji besar tetapi masih tidak cukup untuk menyara tanggungan.
Lihat sahaja yang berkedudukan dan berjawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Melihat slip gaji tertulis tujuh lapan ribu sebulan tetapi masih lagi mengharapkan pendapatan sampingan sehingga ada yang tertipu dengan skim yang menjanjikan pulangan lumayan.
Betullah kata orang tua-tua: "Kalau periuk besar maka kerakpun besar". Maka jadilah pegawai yang tak sabar-sabar menunggu kedatangan dua puluh lima haribulan. Gaji masuk jenuh bayar hutang!
0 comments:
Post a Comment