"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, April 10, 2010

Jagalah dirimu

يَأَيّهَا الّذِينَ آمَنُواْ عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ لاَ يَضُرّكُمْ مّن ضَلّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ إِلَى اللّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً فَيُنَبّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

105. Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Ayat di atas pada zahirnya menunjukkan bahawa Allah menyuruh kita menjaga diri masing-masing. Orang yang sesat tidak akan memudhratkan kita. Ramai dalam kalangan umat Islam salah faham tentang ayat ini.

Mereka berpendapat tidak perlu melakaukan dakwah kepada orang lain. Yang penting ialah menjaga diri masing-masing. Sebenarnya ayat ini bukanlah dalil untuk kita berpeluk tubuh daripada mengerjakan amar makruf dan nahi munkar.

Dalam hal ini imam Nawawi dalam kitabnya riyadhus solihin telah meletakkan ayat ini di dalam bab amar makruf nahi munkar. Imam Nawawi memetik hadis riwayat daripada Abu Bakar RA:

عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه,قال: أيها الناس إنكم تقرءون هذه الاَية {يا أيها الذين آمنوا عليكم أنفسكم لا يضركم من ضل إذا اهتديتم} وإنكم تضعونها على غير موضعها, وإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «إن الناس إذا رأوا الظالم فلم يأخذوا على يديه أوشك أن يعمهم الله بعقاب منه»..

Daripada Abi Bakar RA katanya: "Wahai manusia! Kamu memnbaca ayat ini - Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk-.dan kamu meletakkan pengetian ayat ini bukan pada tempatnya. Sesunguhnya aku dengar Rasulallah SAW bersabda: "Apabila manusia melihat orang melakukan kezaliman dan kemungkaran dan tidak dia mencegahnya, maka telah hampir tiba pada mereka siksa umum daripada Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment