:عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال
أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بمنكبي فقال: (كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر سبيل). وكان ابن عمر يقول: إذا أمسيت فلا تنتظر الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك. البخاري
Daripada Abdillah ibn Umar(RA) katanya: Rasulullah (SAW) memegang bahuku seraya bersabda: Jadikan dunia kamu seperti kamu seorang dagang atau musafir. Abdullah bin Umar ada berkata: Apabila kamu berada pada petang hari, maka jangan kamu menuggu waktu pagi, apabila kamu berada pada waktu petang maka jangan kamu menunggu waktu pagi, dan ambillah peluang kesihatan kamu sebelum sakit dan waktu hidup kamu sebelum mati.(Bukhari)عن بن عباس رضى الله تعالى عنهما قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لرجل وهو يعظه اغتنم خمسا قبل خمس شبابك قبل هرمك وصحتك قبل سقمك وغناءك قبل فقرك وفراغك قبل شغلك وحياتك قبل موتك . الحاكم
Daripada Ibn Abbas (RA) katannya sabda Nabi (SAW) ketika menasihati seorang lelaki "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: waktu muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, hidup sebelum mati."(Al-Hakim)
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس: الصحة والفراغ). البخاري
Daripada Ibn Abbas(RA) katanya: Sabda Nabi(SAW): Dua nikmat yang mana banyak manusia rugi(kerana tidak mengambil peluang manfaat daripada keduanya) iaitu sihat dan waktu lapang(Al-Bukhari)Secara rasminya para pelajar yang belajar di UIAM bagi semester 2 08/09 akan menduduki final exam pada 3 Apriم hingga 18 April 09. Kalau decentralized lagi awal. Pada waktu ini para pelajar sibuk menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan untuk dihantar sebelum atau pada hari peperiksaan mengikut ketetapan pensyarah masing-masing. Nampaknya semua sudah nampak kalut. Yang itu tak siap yang ini tak mula. Ada yang baru nak mula, ada yang sedang membuat kerja-kerja akhir dan ada yang sudah submit. Ramai yang gelabah dan tension.
Hadis-hadis di atas memberi peringatan dan pengajaran kepada kita agar tidak menagguh kerja dan buat pada minit-minit terakhir. Kepada rakan-rakan samada PG atau UG, masih ada masa lagi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat menduduki peperiksaan! All the best.
0 comments:
Post a Comment