"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, March 22, 2009

Masalah iman

Iman kita lemah.Selemah bayi yang baru lahir.Iman kita nipis. Senipis kulit bawang yang sememangnya nipis.Inilah realiti sebenar yang kita hadapi. Kita berdepan dengan satu masalah yang maha dahsyat dan maha hebat.Masalah iman.

Kenapa Iman?Kenapa ianya dipermasalahkan?Seorang pemikir Islam mengatakan bahawa segala permasalahan yang berlaku di sekeliling pening kita ini adalah berpunca daripada iman di dada.Masalah sosial yang amat parah.Remaja lari dari rumah.Bayi dibuang hasil daripada persetubuhan luar nikah.Rompak samun sana sini.Sebut apa saja masalah masalah yang bertali arus justeru semuanya berpunca daripada kelemahan iman.

Iman ialah percaya.Secara istilahnya ia merupakan satu iqrar yang dilafaz dengan lidah,percaya dalam hati dan diterjemahkan kepercayaan itu dengan amalan zahir.

Seseorang yang beriman tidak akan berzina ketika dia berzina dalam dirinya ada iman.Begitu juga tidak akan mencuri ketika ia mencuri ada iman dalam dirinya.Dalam Sahih Ibn Hibban ada satu hadis:

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال لا يسرق السارق حين يسرق وهو مؤمن ولا يزني الزاني حين يزني وهو مؤمن ولا يشرب الخمر حين يشربها وهو مؤمن والتوبة معروضة بعد.

Hadis ini memberi isyarat kepada kita bahawa iman sipencuri, penzina dan peminum arak tercabut ketika mereka mencuri, berzina dan minum arak. Mereka mesti kembali kepada iman dan bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha.Pendek kata orang beriman tidak akan melakukan sesuatu yang bisa mendatangkan kemurkaan daripada Allah Azzawajall.Oleh itu amat penting bagi kita dalam mengendalikan masalah yang timbul dengan kita berusaha ke atas iman.

Usaha membaiki iman amat perlu dilaksanakan dengan kadar maksimun.Sudah banyak kaedah dan cara yang diambil untuk menangani masalah sosial negara kita namun ianya menemui jalan buntu.Gagal.Malah penyakit masyarakat semakin bertambah tidak berkurang.Berkata Imam Malik"Sesungguhnya tidak akan baik umat ini kecuali kita ikut umat terdahulu". Umat yang sudah diiktiraf oleh Alah dan diredai olh-Nya. Firman Allah SWT dalam surah At-taubah ayat 100:

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (100)

100. Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.

Sejak kebelakangan negara kita ditimpa pelbagai kekalutan dan kepincangan sana-sini. Masyarakat bergaduh sesama sendiri, pemimpin rasuah, rompak samun, pecah rumah, remaja lari dari rumah, pembuangan bayi, khalwat, masalah dadah dan sebagainya. Kita amat memerlukan penawar mujarab bagi mengatasi kemelut tersebut. Penawarnya memang ada. Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 96:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (96)

96. Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Inilah janji Allah,Tuhan pencipta seisi alam.Lalu bagaimana dengan pola fikir kita?Adakah kita mahu mengikuti seruan Ilahi ataupun ajakan dan tuntunan syaitan menjadi pilihan di hati?Tepuk dada tanyalah iman.Insya Allah kita akan aman. Jangan tanya kata hati yang berterasakan hawa nafsu, kelak kita akan mati lesu. Jom usaha atas iman!

0 comments:

Post a Comment