"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Friday, June 10, 2016

Jauhi makanan Haram


 
Memilih makan halalan thoyyiban merupakan sebahagian daripada tuntutan dan ajaran Islam. Umat Islam diminta supaya memakan makanan yang mengikut piawaian yang ditepakan.

Islam mengharamkan arak. Ia adalah termasuk daripada amalan Syaitan. Syaitan memang dari dulu, kini dan selamanya menghalang kita daripada ingat Allah.

Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[untuk menetukan nasib], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).(al-maidah:90-91)

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[segala minuman yang memabukkan] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,(al-baqarah:219)

Makanan yang haram, riba dan syubuhat adalah antara faktor doa kita tidak dimakbulkan. Dalam satu hadis:

عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: (إن الله طيب لا يقبل إلا طيباً، وإن الله تعالى أمر المؤمنين بما أمر به المرسلين، فقال تعالى: يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا.  وقال تعالى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ . ثم ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه إلى السماء يا رب يا رب، ومطعمه حرام، ومشربه حرام، وملبسه حرام، وغذي بالحرام، فأنا يستجاب لذلك)) رواه مسلم.))

Daripada Abi Hurairah radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala itu baik, tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang beriman sebagaimana dia memerintahkan para rasul-Nya dengan firman-Nya:  Wahai Para Rasul makanlah yang baik-baik dan beramal solehlah.
Dan Dia berfirman: Wahai orang-orang yang beriman makanlah yang baik-baik dari apa yang Kami rizkikan kepada kalian. Kemudian beliau menyebutkan ada seseorang melakukan perjalan jauh dalam keadaan kusut dan berdebu. Dia mengangkatkan kedua tangannya ke langit seraya berkata: Ya Tuhanku, Ya Tuhanku, padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan keperluannya dipenuhi dari sesuatu yang haram, maka (jika begitu keadaannya) bagaimana doanya akan dikabulkan. (Riwayat Muslim).

Dalam hadis yang lain Nabi bagitahu bahawa mana-mana daging yang tumbuh daripada sumber haram yang dimurkai Allah, maka api nerakalah yang lebih utama baginya. Wal iyazabillah. Mudah-mudahan Allah jauhkan kita daripada api neraka.

Bulan puasa ni kena puasa betul. Pastikan sahur kita dan ifthor kita daripada sumber halal. Tak bulan puasa pun kena makan yang halal juga. Apa guna ketaatan kalau ianya bersisipkan kemaksiatan? Ke lagu mana?

Orang kita ni kalau sebut daging babi melenting selalu. Katanya haram orang Islam makan babi. Ironinya makan haram lain tidak diendahkan. Rasuah, riba, tipu claim, judi, tikam nombor tak apa pula. Semoga Allah menjaga dan memlihara kita daripada terjebak ke kancah makanan haram.

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Ya Allah, berilah aku kecukupan dengan rezeki yang halal, sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan berilah aku kekayaan dengan kurnia-Mu, sehingga aku tidak memerlukan bantuan orang lain, selain diri-Mu.”

0 comments:

Post a Comment