"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, June 13, 2016

Jagalah Dirimu Dan Keluargamu




Kita diajar bahawa hidup di dunia tidak lama mana. Hidup di akhirat adalah kekal abadi. Di akhirat ada dua sahaja tempat pengakhiran, samada syurga atawa neraka. Allah swt suruh supaya kita menjaga diri kita daripada terjerumus ke dalam neraka. Begitu juga dengan ahli kelurga kita.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.(At- tahrim:6)

Antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak ialah mendidik mereka supaya kenal Allah, Tuhan pencipta. Jangan mensyrikkannya dengan yang lain. Model pendidikan anak-anak ada dinyatakan dalam quran surah Luqman.

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". (Luqman:13)

Anak-anak perlu diajar bersolat sejak kecil lagi. Bawa mereka ke masjid bersama. Masalahnya ibu bapa pun tak suka pergi masjid. Bulan Ramadan ni ramai orang-berpusu-pusu ke masjid. Jadi apa salahnya libatkan anak-anak sama.

Rata-rata masjid tempat kita tak mesra kanak-kanak. Sebenarnya tiada kaedah pengasingan kanak-kanak dengan orang dewasa dalam masjid. Biarlah kanak-kanak dapat bersama kita solat jemaah. Jika dari kecil lagi sudah diajar begitu maka insya Allah ianya akan lekat jadi tabiat.


مُرُوا أَوْلادَكُم بالصّلاةِ وَهُمْ أبْناءُ سَبْعٍ, واضْرِبُوهُم عَلَيْها وَهُمْ أبْناءُ عَشْرٍ, وفَرِّقوأ بَيْنَهُم في المَضاجِعِ.
Suruhlah anak-anakmu solat bila sudah umur tujuh tahun, dan pukullah (tidak menyakitkan) bila tidak solat sedang usianya sudah sepuluh tahun, dan pisahlah di antara mereka tempat tidurnya.

Semoga kita, anak-anak kita, ahli kelurga kita dan semuanya dapat masuk syurga Allah belaka. Tempat kesenangan abadi yang menjadi idaman hati setiap muslim lagi mukmin.

وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ (21) وَأَمْدَدْنَاهُمْ بِفَاكِهَةٍ وَلَحْمٍ مِمَّا يَشْتَهُونَ (22) يَتَنَازَعُونَ فِيهَا كَأْسًا لَا لَغْوٌ فِيهَا وَلَا تَأْثِيمٌ (23) وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَهُمْ كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَكْنُونٌ (24) وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ (25) قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ (26) فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ (27) إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ (28)
21. Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.
22.  Dan kami beri mereka tambahan dengan buah-buahan dan daging dari segala jenis yang mereka ingini.
23.  Di dalam syurga mereka saling memperebutkan piala (gelas) yang isinya tidak (menimbulkan) kata-kata yang tidak berfaedah dan tiada pula perbuatan dosa.
24.  Dan berkeliling di sekitar mereka anak-anak muda untuk (melayani) mereka, seakan-akan mereka itu mutiara yang tersimpan.
25.  Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain saling bertanya.
26.  Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa takut (akan diazab)".
27.  Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami daripada azab neraka.
28.  Sesungguhnya kami dahulu menyembah-Nya. Sesungguhnya Dia-lah yang melimpahkan kebaikan lagi Maha Penyayang.


0 comments:

Post a Comment