"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, May 6, 2012

Wahai Pemuda


WAHAI PEMUDA

Muda hanya sekali. Itulah yang selalu kita dengari. Bagi yang memerhati dan mengerti kenyataan ini maka sudah semestiya masa muda itu tidak diisi dengan sesuatu yang boleh membinasakan diri.

Rasulullah saw bersabda,

اغتنم خمسا قبل خمس،  شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك،
 وفراغك قبل شغلك،  وحياتك قبل موتك.
Maksudnya,” Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain iaitu (1)masa muda mu sebelum tua mu, (2)masa sihat mu sebelum sakit mu, (3)masa kaya mu sebelum papa mu,
(4)masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5)masa hidup mu
sebelum mati mu”    riwayat Muslim.

 Mafhum hadis ini selalu kita dengar dalam bentuk aluanan nasyid yang dinyayikan oleh Pakcik Raihan. Ironinya manusia menjadikannya sebagai bahan hiburan semata, tidak masuk menusuk kalbu.

Jangan biarkan masa muda berlalu dengan sia-sia. Masa muda itu penuh kecergasan fizikal dan mental. Masa beginilah masa yang terbaik untuk mencari ilmu, pengalaman dan beramal. Ini tidak bereti masa tua kita tak perlu mengaji dan mengkaji. Kata ulama “Barangsiapa yang masa mudanya begitu, maka masa tuanya akan begitu juga”. Kalau masa tua baru nak mula maka ianya adalah amat susah dan payah.

Satu hakikat dan realiti bahawa masa muda tidak akan bertahan lama kerana usia akan dewasa dan akhirnya tiba masa tua. Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat remaja hanya tinggal kenangan. Pahit atau manis. Jika masa remaja tidak dipergunakan dengan selayaknya, pasti meninggalkan kenangan pahit pada hari tua.

Masa tua segala-segalanya tidak indah. Tenaga sudah lemah, selera makan menurun, mata kabur, urat kendur, gigi gugur, selalu jumpa doktor……….akhirnya ke lubang kubur.

Perancangan Jahat Barat

1. يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلاَّ أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ(32)
Maksudnya: {Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). at-Taubah ayat 32

Pemuda mesti sedar dan insaf bahwa musuh yang tidak sukakan Islam akan sentiasa dengan penuh daya upaya mereka untuk menghanyutkan pemuda Islam dengan pelbagai cara dan punca. Mereka mahu menghilangkan jati diri pemuda Islam.

Pemuda mesti awas dan waspada dengan 3S, sex, sport, song. Inilah antara jarum yang membuatkan pemuda Islam hanyut sehingga tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Islam bukanlah mengharamkan benda-benda tersebut. Ada jalan penyelesaiannya tapi malangmya praktik Islam dalam kalangan kita amat kurang.








Friday, May 4, 2012

Ini Kalilah


Ucapan Pemangku YDP PAS Kawasan Keningau Sempena Mesyuarat Agung PAS

Ini kalilah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Para Perwakilan
Para Pemerhati,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekelian


MUQADDIMAH

الحمد لله، والشكر لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وأصحابه ومن والاه. رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي.

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia”. Surah Al-ra’d : Ayat 11.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana dengan Taufiq, Inayah dan Rahmat-Nya sekali lagi kita dapat berhimpun dalam mesyuarat agung PAS kawasan Keningau kali ke-6. Mudah-mudahan, perhimpunan kita pada hari ini imembuahkan natijah yang baik ke arah melaksanakan tuntutan sebagai khalifah di atas mua bumi ini, lebih-lebih lagi di bumi Keningau.

Pada kesempatan ini, saya bagi pihak pimpinan PAS kawasan Keningau, dengan besar hati mengalu-ngalukan kehadiran para tetamu, para perwakilan dan pemerhati, dengan ucapan ribuan terima kasih dan ahlan wasahlan wa marhaban bikum. Pastinya kehadiran tuan-tuan menambahkan seri, barakah dan makna bagi  mesyuarat pada kali ini.
  

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PAS KAWASAN KENINGAU.

Saudara saudari sekalian,

Pada kesempatan ini suka saya menyorot kembali sejarah ringkas penubuhan PAS kawasan Keningau. Peristiwa kemenangan PAS pada pilihanraya kecil Parlimen P003 Arau pada 04.07 1998 telah memberi suntikan semangat kepada ahli PAS di seluruh negara. Kemenangan tersebut telah memberi keyakinan bahawa perjuangan PAS terus mendapat sokongan rakyat. Semangat tersebut telah sampai ke negeri di bawah bayu sehinggalah ke pedalaman Sabah, Keningau.
Beberapa usaha menubuh cawangan PAS di Keningau telah dilakukan dengan beberapa siri pertemuan telah diadakan sekitar tahun 1998.  Diantaranya ialah melalui satu perbualan telefon pada 1hb november 1998 di antara Cikgu Isa dengan Pesuruhjaya PAS Sabah ketika itu Tuan Haji Mohamad Abdullah mengenai hasrat ahli PAS di Keningau untuk menubuh Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Kampung Minawo yang dicadangkan diletak di bawah pentadbiran PAS Kawasan Tanjung Aru (Kota Kinabalu).
Ekoran daripada perkembangan itu, pada 08.11 para aktivis PAS Keningau telah berjaya menubuh Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Pekan Keningau. Satu surat bertarikh 25hb November 1998 kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah dan satu salinan ke Pejabat Agung PAS Pusat, Taman Melewar Selangor  telah dihantar bagi menyampai penyataan hasrat ahli PAS Keningau untuk menubuh PAS Kawasan secara rasminya. Menurut catatan tersebut surat telah diterima pada 26hb November 1998.
Senarai ahli PAS Keningau yang bertarikh 24hb nov seramai 146 orang dimana 27 orang  dari Kg Minawo, 43 orang Pekan Keningau dan 10 orang Kg Baginda. Manakala 20 orang dari Kg baginda, 40 orang dari Keningau dan Tenom masih dalam proses mengisi borang ahli baru disamping 15 orang suami/isteri yang masih belum mengisi borang. Hasil usaha berkenaan seramai 146 orang ahli telah berjaya dikumpul sehingga akhir 1998 dan seterusnya menjadi kumpulan pertama sebagai memenuhi cita-cita melahirkan PAS Kawasan Keningau.

Detik yang dinantikan telah tiba apabila permohonan penubuhan PAS Keningau telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 30hb Mei, 2000 di alamat Kg Minawo, Peti Surat 1964 89008 Keningau Sabah. No pendaftaran ialah 26/52-6152.

Mesyuarat Agung Pertama telah diadakan pada 28hb april 2001 di Pejabat PAS Keningau. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha Dewan Ulama PAS Sabah. Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Suadara Murkin Yusof selaku Pemangku Yang di Pertua (Yang Di Pertua, Ustaz Zaib telah berpindah ke Perak) dalam ucapan beliau sewaktu menyampaikan ucapan aluan mesyuarat agung PAS Kawasan Keningau yang pertama menyatakan rasa syukur diatas pendaftaran PAS Kawasan. Justeru itu meliau menyeru kepada semua ahli supaya bergiat aktif apatah lagi PAS kawasan telah berjaya mempunyai pejabat di Bandar Keningau.

PAS Keningau sudah melalui ranjau perjalanan melebihi satu dekad. Umum mengetahui bahawa PAS adalah salah satu parti yang wujud di Malaysia ini yang mengamalkan sisten demokrasi berparlimen. Pemimpin dan ahli datang silih berganti bagi menggalas amanah yang diberi.


BERDEPAN DENGAN CABARAN DAN DUGAAN

“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta”. Surah at taubah: ayat 42

PAS bukan sekadar sebuah parti untuk mendapatkan sokongan politik atau undi dalam pilihanraya. PAS yang merupakan parti Islam yang mempunyai dasar, ideologi dan pegangan yang berterusan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, tidak perlu berkompromi dalam perkara dasar.

Perjuangan PAS untuk menegakkan keadilan Islam sememangnya mendapat tentangan dan larangan daripada mereka yamg tidak mahu melihat Islam tertegak memerintah. Tidak hairanlah mereka cuba untuk menjauhkan masyarakat daripada mendekati dan mengenali PAS.

Cabaran dan dugaan yang dihadapi tidak seharusnya menjadikan kita takut untuk menyatakan kebenaran Islam. Sememangnya kita perlu diuji dengan ujian ini. Inilah hakikat hidup orang beriman.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi”? Surah al ankabut: ayat 2.



HALA TUJU PAS KENINGAU

Saudara dan saudari sekelian,

PAS keningau komited dan beriltizam untuk mencapai sasaran berikut:

  1. Mengkaderkan ahli PAS dalam kalangan Sabahan

Alhamdulillh, Pas semenjak daripada zaman penubuhannya telah dapat menarik hati ramai anak Sabah untuk menyertainya. Sesungguhya PAS bukanlah milik individu tertentu. PAS adalah sebuah parti dan jamaah yang membuka ruang dan peluang keahliannya kepada semua yang layak. PAS bukan hak mutlak anak semenanjung. Walaupun pada realitinya banyak jawatan utama PAS Keningau dipegang oleh mereka yang datang dari Semenanjung tetapi sebenarnya ia terbuka luas kepada Sabahan. Justeru, program perkaderan kepada anak Sabah perlu dilaksanakan ke arah kesinambungan perjuangan menegakkkan Islam di bumi Sabah ini. Saya menyeru kepada masyarakat tempatan agar tampil bersama kami untuk melestarikan bumi Sabah ini dengan amal Islami. Mungkin sepuluh tahun akan datang, anda akan berada di saf hadapan.

  1. Memberi penerangan Islam kepada masyarakat

PAS bukan sahaja sebuah parti politik tetapi ianya juga merupakan wadah dakwah Islaamiyyah. Penerangan dan dakwah tentang Islam perlu disebar luaskan kepada masyarakat setempat supaya mereka dapat memahami dan menghayati ajaran Islam yang syumul. Masih ramai orang Islam di sini yang hanya tahu dirinya beragama Islam tetapi kosong daripada penghayatan. Menjadi kewajipan kepada penyokong dan pendukung PAS untuk mara ke hadapan sebagai dae ilallah.

  1. Memparkasakan pendidikan Islam

Pendidikan adalah suatu perkara yang dititik beratkan dalam Islam. Masyarakat perlu mendapat pendidikan yang sempurna. Kewujudan satu sekolah Islam perlu diadakan memandangkan tidak ada sekolah Islam di Keningau ini. Insya Allah, Pusat Pendidikan Islam keningau (PUPIK) sedang dalam pembinaan dan akan beroperasi suatu hari nanti.


PILIHANRAYA KE 13 – Ini kalilah.

Tempoh Parlimen Ke 12 berbaki tidak sampai satu tahun. Suasana sekarang ialah suasana gendang pilihanraya. Ianya boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja. Gerakerja ke arah perubahan perlu diperhebatkan. Ini kalilah masanya untuk kita berubah. Angin untuk berubah sememangnya terasa sampai ke Sabah. Janganlah slogan “ini kalilah” berubah kepada “Lain kalilah”. Jadinya momentum untuk berubah ini perlu direalisasikan dalam bentuk  undi. Setiap ahli perlu bekerja ke arah ini.



KERJASAMA PAS DALAM PR

PAS, di atas dasar tahaluf siyasi akan tetap bekerjasama dalam satu gagasan pakatan rakyat. Cita-cita untuk menegakkan keadilan, membenteras rasuah, kehidupan bermaruah adalah cita-cita bersama PAS dalam pakatan. Justeru kerjasama dan permuafakatan ini perlu untuk mencapai kemenangan. PAS Keningau akan mendepani perubahan ini. Sesungguhnya PAS bukanlah sebuah kelompok picisan yang mengharapkan ehsan. Pengalaman kerjasama kita dalam pilihanraya lalu banyak membantu melicinkan kerjasama ini dan akan menjadi asas kepada kerjasama selanjutnya. PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja bagi mencari titik pertemuan yang boleh dimanafaatkan bersama.


Penutup

Ahli-ahli PAS yang ingin memartabatkan Islam di atas muka bumu ini perlu untuk merealisasikan terlebih dahulu Islam dalam diri masing-masing. Ingatlah kata-kata Hassan Hudhaibi: “Hendaklah kamu tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di atas bumi kamu”. Kita mestilah menjadi qudwah hasanah kepada mad’u kita. Akhlak dan iltizam yang Islami perlu dipraktik dalam kehidupan seharian. Solat jamaah dan budaya ilmu perlu dihayati. 

Sekian