WAHAI
PEMUDA
Muda hanya sekali. Itulah yang selalu kita
dengari. Bagi yang memerhati dan mengerti kenyataan ini maka sudah semestiya
masa muda itu tidak diisi dengan sesuatu yang boleh membinasakan diri.
Rasulullah saw bersabda,
اغتنم
خمسا قبل خمس، شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل
سقمك، وغناك قبل فقرك،
وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك.
Maksudnya,” Rebutlah peluang lima perkara
sebelum datang lima perkara yang lain iaitu (1)masa muda mu sebelum tua mu,
(2)masa sihat mu sebelum sakit mu, (3)masa kaya mu sebelum papa mu,
(4)masa lapang mu sebelum sibuk mu dan (5)masa
hidup mu
sebelum mati mu” riwayat Muslim.
Mafhum hadis ini selalu kita dengar dalam
bentuk aluanan nasyid yang dinyayikan oleh Pakcik Raihan. Ironinya manusia
menjadikannya sebagai bahan hiburan semata, tidak masuk menusuk kalbu.
Jangan biarkan masa muda berlalu dengan
sia-sia. Masa muda itu penuh kecergasan fizikal dan mental. Masa beginilah masa
yang terbaik untuk mencari ilmu, pengalaman dan beramal. Ini tidak bereti masa
tua kita tak perlu mengaji dan mengkaji. Kata ulama “Barangsiapa yang masa
mudanya begitu, maka masa tuanya akan begitu juga”. Kalau masa tua baru nak
mula maka ianya adalah amat susah dan payah.
Satu hakikat dan realiti bahawa masa muda
tidak akan bertahan lama kerana usia akan dewasa dan akhirnya tiba masa tua. Setiap
detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat remaja hanya tinggal
kenangan. Pahit atau manis. Jika masa remaja tidak dipergunakan dengan selayaknya,
pasti meninggalkan kenangan pahit pada hari tua.
Masa tua segala-segalanya tidak indah. Tenaga
sudah lemah, selera makan menurun, mata kabur, urat kendur, gigi gugur, selalu
jumpa doktor……….akhirnya ke lubang kubur.
Perancangan Jahat Barat
1. يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ
بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلاَّ أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ
الْكَافِرُونَ(32)
Maksudnya: {Mereka hendak memadamkan cahaya
Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan
menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang
demikian). at-Taubah ayat 32
Pemuda mesti sedar dan insaf bahwa musuh yang
tidak sukakan Islam akan sentiasa dengan penuh daya upaya mereka untuk
menghanyutkan pemuda Islam dengan pelbagai cara dan punca. Mereka mahu
menghilangkan jati diri pemuda Islam.
Pemuda mesti awas dan waspada dengan 3S, sex,
sport, song. Inilah antara jarum yang membuatkan pemuda Islam hanyut sehingga
tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Islam bukanlah
mengharamkan benda-benda tersebut. Ada jalan penyelesaiannya tapi malangmya
praktik Islam dalam kalangan kita amat kurang.
0 comments:
Post a Comment