"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, December 1, 2012

Solat Dengan Memakai Kasut




Soalan: Bolehkah bersolat dengan memakai kasut

Jawapan:

Sebelum saya jawab soalan di atas terlebih dahulu saya nak sebut bahawa perkara yang amat ditekankan dalam Islam ialah menuntut agar umatnya berilmu pengetahuan. Sungguh bahawa ilmu itu mesti ada sebelum beramal العلم مقدم من القول والفعل . Untuk bahagia di dunia kena ada ilmu, jika mahu gembira di sana kena ada ilmu, kalau mahu selamat dunia akhirat kena ada ilmu terlebih dahulu.

Ada satu kisah berlaku kepada sulthonil ulama, as-Syeikh Izzudin Adussalam. Masa beliau tak berapa arif tentang agama beliau ada bermimpi, tiga kali mimpi basah. Kali pertama mimpi apabila terjaga terus beliau mandi janabah kemudian tidur semula mimpi lagi, Apabila terjaga terus beliau mandi wajib. Tiga kali berturt-turut dia mimpi basah dan tiga kali dalam dalam satu malam beliau mandi wajib kerana sangkaannya jika berjunub terus kena mandi.

Keesokan paginya ramai sahabat mengziarahinya kerana beliau demam. Apabila beliau menceritakan bagaimana beliau demam maka para sahabatnya mentertawakannya. Anggapan bahawa perlu mandi segera apabila janabah sebenarnya tidak betul. Semenjak daripada itu beliau berazam untuk belajar dan akhirnya beliau muncul sebagai salah seorang ulama pada zamannya.

Kembali kepada persoalan tadi, bolehkah solat dengan memakai kasut. Jawapan ringkasya boleh. Jawapan panjangnya begini:
 
Umum mengetahui bahawa antara syarat sah solat ialah suci badan, pakaian dan tempat daripada najis. Salah satu daripada pakaian ialah kasut. Jika pada kasut itu terdapat najis maka tidak sah solatnya kerana pada kasutnya ada najis, bukan kerana pakai kasut itu. Dalam satu hadis nabi S.A.W:

سئل أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رضي الله عنه ( أَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي نَعْلَيْهِ قَالَ نَعَمْ ) البخاري 386 مسلم 555 ،

Anas bin Malik ditanya adakah Nabi S.A.W  bersolat memakai kedua kasutnya maka jawab Anas: “Ya”.   

Nabi selalu menyuruh agar kita tidak menyerupai atau meniru Yahudi. Golongan Yahudi tidak bersembahyang dengan memakai kasut maupun setokin (khuf). Maka kita solat pakai kasut atau setokin.

 ( خَالِفُوا الْيَهُود فَإِنَّهُمْ لا يُصَلُّونَ فِي نِعَالهمْ وَلا خِفَافهمْ )

Bagaimana pula solat berkasut di dalam masjid? Jika masjid itu dihamparkan permaidani atau tikar sejadah dan sebagainya seperti yang terdapat pada masa sekarang, ulama mengatakan mesti menanggalkan kasut kerana dikhuatiri mengotorkan masjid dan akan menyebabkan para jemaah berasa tidak selesa.

Kesimpulannya jika kita bersolat di tempat selain dari masjid maka tak perlulah menanggalkan kasut untuk beramal dengan sunnah. Solat di padang, pantai, tepi jalan dan lain-lain. 




Nota tambahan: Musim-musi cuti ini ramai anak ikut program luar. Bagus kalau diajar solat tanpa menanggalkan kasut! Kredit gambar-gambar untuk Madani Jati Training & Consultancy

والله أعلم

0 comments:

Post a Comment