"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, January 23, 2011

Berzanji VS Mengaji kitab suci

Saya tak pandai berzanji. Juga tak pandai memproses kanji. Dari umur saya peringkat kanak-kanak sehinggalah sekarang saya tak pernah belajar berzanji secara talaqqi musyafahah. Lansung tak pernah! Samada melalui guru yang ada tauliah maupun lebai kampung yang menaiki vespa.

Berzanji biasanya sinonim dengan majlis cukur rambut bayi dan juga sambutan maulid nabi. Semenjak saya kecil lagi saya selalu ikut arwah ayah menghadiri majlis cukur rambut bayi dan juga maulid nabi yang diadakan di kampung saya, Kampung Padang Bongor.

Di kampung saya tak pernah ada orang buka kitab berzanji dan dibaca mengikut rentak dan seni tersendiri. Bisanya kami mengalunkan “nasyid” selawat yang ringkas saja, sedutan daripada kitab berzanji sebanyak dua helai. Alunannya tak sama dengan orang berzanji. Tak tahulah saya apa jenis lagunya.

Saya mula mengenali berzanji apabila saya berhijrah ke Sabah. Saya mula berkhidmat di Sabah pada 01 Julai 1999. Dari Bukit Kayul di Kuala Penyu sehinggalah di Bukit Langsat, Keningau ada saja majlis orang baca berzanji. Biasanya saya akan mengelak diri dari membaca kitab berzanji sebab saya tak reti.

Tentang kitab berzanji ini saya tak mahu ulas panjang. No komen. Ada orang yang memuliakannya seolah-olah macam kitab suci al-quran dan ada yang tidak menyukainya kerana ada bait-bait dalam kitab tersebut yang mengandungui unsur khurafat dan hadis maudhu’. Itu kita bincang lain kalilah.

Cumanya saya nak sebut, Daripada kita kalut nak belajar berzanji bagus lagi kita belajar mengaji kitab suci al-quran. Nabi tak pernah menganjurkan umatnya belajar berzanji. Memanglah! Sebab berzanji ni wujud di atas muka bumi selepas kewafatan nabi.

Yang jelas sabda nabi SAW:

عن أبي عبد الرحمن، عن عثمان،
عن النبي صلى اللّه عليه وسلم قال: "خيركم من تعلم القرآن وعلمه".

“Yang terbaik di kalangan kamu ialah yang belajar al-quran dan mengajarkannya”

Nabi kata belajar quran, bukan belajar berzanji. Jadinya marilah kita belajar mengaji kitab suci. Carilah guru-guru yang ada keahlian dalam bidang quran dan belajarlah daripada mereka untuk menjadi umat terbaik.

7 comments:

mbb said...[Balas]

salam..apa hukum berzanji ya ustaz? kami sebenarnya mencari kes utk assignmt Fiqh Budaya. Cari bdya@adat yg samar2 hukumnya di dlm mysrkt untuk dikaji. Contohnya, kongsi raya. Ustaz ada apa2 cadangan x?

Anonymous said...[Balas]

salam
kalo dkat Johor,
ianya mcm satu kewajipan utk
msyarakat islam thu berzanji
sye prnah bljr berzanji di sekolah agama dlu...
kalo dkat area rmah sye, ad shje knduri d rmah2 jiran yg hnye mengalunkan bacaan berzanji shj....

shamain said...[Balas]

salam ustaz, saya ada baca dalam satu blog, lupa sudah apa blog tu tapi yg pastinya ustaz dari Singapura mengatakan berzanji itu adalah satu bidaah kerana ada bait-bait yang terkandung didalam kitab berzanji itu berunsur khurafat, tapi saya kadangkala dijemput untuk membacanya, saya baca jugalah untuk memenuhi permintaan tuan rumah,your comment ustaz....

mbb said...[Balas]

ustaz shamain: sy terbaca 1 artikel dlm http://www.e-fatwa.gov.my pasal berzanji tapi itu amalan berzanji kaum India Muslim. Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 27 Ogos 1997 buat kali ke 140 sebulat suara menyokong fatwa yang dikeluarkan oleh i) Maulana Abu Al Hassan AlNadwi ii) Habib Ar Rahman Al Khair Abadi
Mufti Universiti Islam Darul Ulum yang mengatakan bahawa membaca marhaban sebegini adalah syirik dan sememangnya salah..Tapi tidak dipastikan apakah cara berzanji India Muslim sma dgn org bkn India Muslim ataupun x? wallahu a'lam...kita tggu jwpn dari ustaz yg budiman.=)

mohdrusli said...[Balas]

Yang terbaik ialah ikut nabi. walau tinggi dah ihdah mana lafaz puji dan puja ke atas junjungan sehingga ada unsur khurafat, ia tetap tak boleh mengatasi kalam tuhan yang berfirman;
وإنك لعلى خلق عظيم

Anonymous said...[Balas]

ustaz,

di mana boleh cari kelas mengaji wanita dewasa sekitar pekan Keningau?
terima kasih.

mohdrusli said...[Balas]

Boleh rujuk ust Muktar Zainuddin. Di Masjid Pekan pada setiap petang Sabtu.

Post a Comment