"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, January 31, 2011

Dirikan negara Islam Dalam jiwamu

أقيموا دولة القران في قلوبكم تقم على أرضكم

“Dirikanlah daulah Islam dalam jiwa kamu, nescaya akan tertegaklah ia di atas bumi kamu”. Kata-kata keramat ini saya ambil daripada muqaddimah tulisan Al- Marhum Ustaz Fathi Yakan yang bertajuk قوارب النجاح في حياة الدعاة – Bahtera penyelamat dalam kehidupan duat.

Ucapan ini pernah diucapkan oleh Hassan Hudhaibi, salah seorang mursyidul am dalam satu gerakan Islam yang masyhur- Ikwanul muslimin. Saya kira ungkapan ini perlu diperingatkan semula kepada mereka yang mendukung gerakan Islam.

Kita selalu menunding jari kepada pemerintah yang tidak melaksanakan pemerintahan Islam secara total di Negara kita. Kita cekap membaca ayat-ayat quran berkaitan kewajipan pemerintah menjalankan hukuman Islam dalam pemerintahan.

Biasa kita dengar penceramah sebut kita perlu kepada kuasa untuk menjalankan hukum Allah. Tanpa kuasa kita tidak boleh buat undang-undang Islam secara menyeluruh. Oleh itu kita menyertai pilihan raya untuk membentuk kerajaan.ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Para hadirin sekalian! Saya setuju apa yang tuan-tuan sebutkan. Setuju sangat. Tapi dalam kita menidakkan orang lain kita juga jangan lupa kuasa kita yang sudah ada tapi tidak ditegakkan. Cuba perhatikan sekeliling pening kita.

Contoh. Kita semangat pergi dengar ceramah politik nak bina Negara Islam. Takbir kuat dah. Alhamdulillah. Tapi sayang! Masa angkat tangan nak takbir rokok terselit di celah jari! Apa benda ni? Contoh lagi. Kita dok sibuk bini pemimpin negara tak tutup aurat tapi bini kita pun tak tutup aurat juga.

Solat berjamaah. Saya rasa ini benda paling asas yang perlu dititik beratkan oleh mereka yang nak perjuang Islam. Di mana kita masa azan dilaungkan? Bukankah Allah sebut:

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ (41)

Kita kena muhasabah balik. Praktik Islam yang kita boleh buat bagi diri sendiri tanpa kuasa pemerintahan amat banyak. Kalau tak dapat perintah Negara maka perintah dulu keluarga kita.

Tegakkan Islam dalam keluarga. Pastikan wanita tutup aurat. Para lelaki solat jamah di masjid. Adab kehidupan yang islami perlu ditegakkan. Pastikan suasana rumah bersih dari asap rokok. Payah sangatkah?

Para hadirin pejuang Islam sekalian!

Marilah sama-sama kita renung ayat ini:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (55)

55. Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka BERKUASA dimuka bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik.(an-nur:55)

Saya masih ingat ucapan seorang pemimpin kita yang satu ketika berada di tampuk kuasa. Katanya kurang lebih begini: “Allah beri kemenangan kepada kita setelah kita memenuhi syarat kemenangan. Kita akan menjalankan amanah yang Allah beri ini sebaik mungkin”.

Makanya syarat untuk menang itu perlu ada supaya Allah beri balik kemenangan kepada kita. Saya tetap optimis bahawa Islam akan menang bahkan telah dan tetap menang! الله أكبر

1 comments:

~Aishah~ said...[Balas]

betul...sangat betul...Allahu Akbar!

Post a Comment