"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, January 31, 2010

Fitnah itu lebih besar daripada membunuh

Kita kerapkali mendengar para ustaz menceritakan tentang dosa fitnah. Mereka memberitahu bahawa dosa fitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh berdasarkan firman Allah dalam surah al-baqarah:191

والفتنة أشد من القتل

Perkataan "الفتنة" di dalam al-quran mempunyai pelbagai makna dan maksud. Orang melayu selalu menggunakan fitnah untuk makna tuduhan, sehinggakan mentafsirkan kalimah fitnah di dalam ayat tadi dengan tuduhan palsu, sedangkan maknanya yang sebenar bukan begitu.

Mengikut tafsir Ibn Kathir makna fitnah di dalam ayat 191 al-baqarah ialah syirik. Tidak kedapatan di dalam quran perkataan fitnah yang membawa maksud membuat tuduhan palsu atau tidak benar.

Maksud sebenar ayat tadi ialah:“Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh.” Ramai di kalangan orang melayu termasuk para ustaz yang mentafsirkan fitnah kepada tuduhan yang tidak benar. Sedangkan tidak ada fitnah yang bermaksud tuduhan dalam Quran, hadis dan bahasa arab.

Kita sepatutnya dapat membezakan perkataan fitnah versi Bahasa Melayu dengan perkataan Fitnah versi Bahasa Arab. Tuduhan palsu dalam Bahasa Arab ialah بهتان . Harap kita peka dengan kalimah ini supaya tidak berlaku "fitnah" di dalam agama. Kata Imam Nawawi di dalam muqaddimah Riyadus solihin:

إن لله عبادا فطنا # طلقوا الدنيا وخافوا الفتنا
نظروا فيها فلما علموا # أنها ليست لحي وطنا
جعلوها لجة واتخذوا # صالح الأعمال فيها سفنا

1 comments:

Anonymous said...[Balas]

macamana mengelakkan diri daripada memfitnah orang lain? saya kadang2 merasa sakit hati dengan seseorang, lalu kadang2 tersasul menceritakan keburukan orang tersebut kepada orang lain, tetapi kemudiannya menyesali perbuatan saya. Saya benar2 hendak bertaubat dari melakukan perkara tersebut sehinggakan saya mengelak dari berborak kosong dengan kawan2 kerana takut mengumpat. tapi ada kalanya, saya terikut juga mengumpat. Dan, sekiranya seseorang mengumpat saya atau memfitnah, bagaimana saya harus menghadapinya agar hati saya tidak berdendam?

Post a Comment