"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Sunday, January 31, 2010

Berforum di Dewan Terbuka Al-Falah , Nabawan

Persembahan daripada puteri-puteri SAR Al-Falah

Saya bersama masyrakat di Nabawan pada 21.01.10 yang lepas dalam forum perdana maal hijrah 1431. Saya dijemput sebagai ahli panel berganding bersama Ustaz Awwaluddin Nasotion, Pegawai Dakwah JAINS Kota Kinabalu.

Kalau tak silap saya, kali terakhir saya digandingkan bersama beliau ialah pada forum yang sama lapan tahun yang lepas bertempat di Dewan Besar Sekolah Menengah Gadong, Beufort.

Forum Perdana Maal Hijrah 1431 Peringkat Daerah Nabawan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Abdul Ghani bin Datuk Haji Mohd Yassin, ketua UMNO Bahagian P.182 pensiangan merangkap Ketua USIA Bahagian Pensiangan.

Dalam ucapan perasmian, Datuk Abdul Ghani menyentuh serba sedikit tentang kemunduran yang melanda umat Islam di seluruh dunia. Beliau menyeru supaya sirah nabi dihayati dan dijadikan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian.

Majlis Forum bermula pada jam 1030 pagi dan berakhir dua jam selepas itu. Saya menyeru kepada hadirin supaya berubah daripada yang baik kepada yang lebih baik. Seperti biasa saya menekankan supaya ditegakkan amalan solat seharian.

Ramai yang mengaku Islam tetapi malangnya solat diabaikan sedangkan garis beza antara muslim dengan kafir ialah solat. Sesiapa yang meninggalkanya maka kufrlah ia. Ini jelas sebagaimana sabdaan baginda.

Saya pulang ke Keningau seusai solat jemaah zohor menaiki kenderaan pacuan empat roda dengan dibekalkan daging payau oleh AJK sambutan. Semoga dapat berjumpa lagi pada lain kali.

0 comments:

Post a Comment