Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam
Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota
Bharu
Sebagaimana sedia
maklum bahawa objektif pensyariatan puasa ialah untuk menjadi hamba Allah yang
bertaqwa. Antara takrif taqwa yang dijelaskan oleh ulama ialah perasaan gerun
dan takut kepada Allah.
Perasaan gerun dan
takut kepada Allah akan menatijahkan seseorang untuk tidak berani membuat
maksiat kepada-Nya. Manusia ada persaan takut. Takut kepada binatang buas seperti
harimau, takut kepada guruh petir, takut kepada hantu dan lain-lain.
Jika takut kepada
harimau maka jangan pergi tempat harimau berada. Begitulah seterusnya kita akan
melarikan diri daripada sesuatu yang kita takuti. Tapi takut kepada Allah kita
tak boleh lari bahkan kena mendekati Allah dengan amalan soleh.
Takut kepada Allah akan
menyebabkan kita masuk ke dalam syurga, bebas daripada azab neraka. Pada hari
akhirat penduduk syurga ditanya bagaimana mereka boleh masuk syurga.
وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ (25) قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ
فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ (26)
فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ (27)
Dan sebahagian
mereka menghadap kepada sebahagian yang lain saling tanya-menanya. Mereka
berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah
keluarga kami merasa takut (akan diazab)". Maka Allah memberikan kurnia
kepada kami dan memelihara kami daripada azab neraka. (at Thur:25 – 27)
قُلْ آَمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا إِنَّ الَّذِينَ
أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ
لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا (107)
وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا (108) وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ
يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا (109)
Katakanlah:
"Berimanlah kamu kepadanya atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah).
Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Quran
dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, Dan
mereka berkata: "Maha Suci Tuhan kami, Sesungguhnya janji Tuhan kami pasti
dipenuhi". Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan
mereka bertambah khusyu'.(al- isra:107 – 109)
Khusyu’ itu
takutlah. Kita sembahyang tak berapa khusyu’ sebab perasaan takut dan gerun
kita kepada Allah tidak seberapa. Jadi untuk mendatangkan khusyu’ maka kena
hadirkan perasaan takut.
Bagaimana cara
untuk mendapatkan rasa takut kepada Allah? Antara caranya ialah kita kita
berdoa:
اللهم إني أسألك خشيتك في الغيب والشهادة،
Ku pohon daripada persaan takut
kepada-Mu pada yang ghaib dan nyata
Kita apabila memandu kereta tiba-tiba
nampak kilat petir depan kita maka kita rasa takut, gerun. Ada dalam satu hadis
nabi ajar bila berada dalam situasi begini. Al Imam al-Bukhari bubuh dalam الأدب المفرد tapi hadis ni sanadnya tak sohih dan beliau tidak meletakkannya
dalam sohih Bukhari. Doa nabi ajar apabila melihat panah petir:
اللهم لا تقتلنا بغضبك ولا تهلكنا بعذابك وعافنا قبل ذلك
Ya Allah! Janganlah engkau bunuh kami
kerana kemurkaan-Mu dan janganlah kamu binasakan kami dengan azab-Mu,
Maafkanlah sebelum daripada itu. wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment