Alhamdulillah
pada malam ini kita masuk malam ke-20 kita menunaikan ibadat solat terawih.
Baki lebih kurang 9 hari lagi untuk kita meninggalkan Ramadan. Pada malam ini
marilah sama-sama kita check-up sejauh mana iman kita, adakah ianya menjadi
segar bugar ataupun sakit tidak bermaya.
Dalam
al-quran Allah سبحانه وتعالىberfirman:
إِنَّمَا
الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا
تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ
يَتَوَكَّلُونَ
Sesungguhnya
orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah
hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan
Hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (al-anfal:2)
Hati orang yang beriman akan tenang dan senang
apabila mengingati Allah. Hati yang mengingati Allah akn membuahkan iman yang
sihat. Bagaimana kita nak tahu hati kita sakit iman kita sedikit?
Hati yang tak suka kepada zikrullah adalah hati
yang berpenyakit. Lalai daripada mengingati Allah, sibuk dengan kehidupan
dunia. Hati ini berada dalam zon bahaya jika tidak diubat dengan segera.
Hati juga menjadi keras jika selalu hidup dalam
maksiat. Kesan maksiat menjadikan hati mati. Orang yang suka melakukan maksiat
tak akan rasa apa-apa tentang dosa neraka. Ini kerana imannya sudah dihinggapi penyakit.
Semoga kita diberi kekuatan untuk memperbaiki
diri ke arah kesempurnaan iman. Kita kena berusaha untuk mencapai kemanisan
iman. Mencintai Allah lebih daripada segala. Nabi ajar kita doa:
اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك، والعمل
الذي يبلغني حبك، اللهم اجعل حبك أحب إليّ من نفسي وأهلي ومن الماء البارد
Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu dan cinta mereka yang mencintai-Mu, dan
perbuatan yang mendorongku menuju cinta-Mu. Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih
kusukai daripada jiwaku, daripada keluargaku, dan lebih kusukai daripada air
dingin.
0 comments:
Post a Comment