"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Wednesday, July 15, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 27: Check List Iman



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Malam ni malam 27, maknanya kita semakin hampir ke garisan penamat. Marilah sama-sama kita semak balik tahap iman kita. Senarai semak ini biasanya kalau nak raya kita buat senarai semak. Apa lagi yang belum dibeli, mana yang perlu ditukar supaya sambutan hari raya disambut dengan sempurna.

Antara senarai semak tahap iman kita ialah sejauh mana rasa ukhuwwah sesama kita? Orang yang mencapai kesempurnaan iman akan rasa manisya hidup dalam persaudaraan Islam. Islam amat menitikberatkan persaudaraan.

Iman yang mantap juga akan menatijahkan kemanisan dalam ibadat. Kita kena semak diri kita adakah ibadat yang kita buat itu memberikan kenikmatan kepada kita. Dalam satu hadis tapi hadis ni sanad dia dhaif cuma maknanya sahih sabda nabi صلى الله عليه وسلم
لا يشبع المؤمن من خير حتى يكون منتهاه الجنة
Tidak terasa kenyang orang mukmin dalam kabaikan sehinggalah pengakhirannya itu syurga.

Semakan seterusnya ialah sejauh manakah rasa syoknya kita untuk masuk syurga Allah. Allah suruh kita bersegera beramal untuk mencapai syurga. Orang Kelantan kata bbadi dan. Nak eja lagu mana ni? Makna katanya kita berlumba-lumba untuk mengejar syurga yang dijanjikan Allah.

Akhir sekali kita tengok sejauh manakah iman kita membangkitkan rasa semangat untuk berdakwah. Orang mukmin tak akan rasa senang jika apa yang diperolehinya tidak disampaikan kepada orang lain. Dapat sikit bagi sikit tapi malangnya ada orang yang tak mahu mengajar kononnya tak ada ilmu. Nak sebar agama ni tak perlu kita kuasai banyak ilmu. 

Akhir sekali suka saya ingatkan bahawa malam 27 ni kalau bagi negara-negara arab mereka mengatakan inilah lailatul qadr. Mengikut Ibnu Abbas malam al qadr ini adalah malam yang ke 27.

Angka tujuk bagi orang arab cukup signifikan. Dalam seminggu ada tujuh hari. Tawaf di kaabah tujuh pusingan, sae safa marwa 7 pusingan, nak melontar di ketiga-tiga jamrah pun guna tujuh biji anak batu, kejadian langit tujuh lapis begitu juga bumi.
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ
17 Ramadan dah lepas yang ada 27. Kita tak tahu bila sebenarnya berlaku lailatul qadr. Ianya berubah setiap tahun. Mungkin tahun ni malam 27, mungkin tahun lepas malam 23 wallahu a’lam.

Semoga kita diberi kekuatan untuk terus beribadat.

0 comments:

Post a Comment