Disampaikan
oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat:
Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu
Apabila kita kata ingat lima perkara maka kita akan terlintas hadis nabi
rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Kita maksudkan dengan ingat
lima perkara di sini ialah berkenaan wasiat Hassan Basri supaya kita kena ingat
lima perkara yang mana perkara ini akan menyebabkan kita tak senang duduk.
1. Amal
ibadat kita
Adakah ianya diterima oleh Allah atau sebaliknya. Kita jangan sedap dan
selesa dengan ibadat kita yang banyak. Semalam kita dah cerita kisah dua
beradik yang mana salah seorang daripadanya masuk neraka walaupun beramal
banyak. Kita kena muhasabah adakah amalan kita cukup syarat untuk diterima .
Syarat penerimaan amal ialah mesti ikhlas, bertepatan dengan syariat dan sunnah
nabi.
2. Adakah
dosa-dosa kita diampunkan
Sudah berapa banyak dosa yang kita lakukan selama kita hidup? Samada dosa
besar atau kecik. Jangan kita rasa sedap bahawa kita tak buat dosa. Setiap anak
Adam itu buat salah dan yang paling baik bagi yang buat salah ialah orang yang
bertaubat. Kita mungkin dah istighfar dah tapi kita tak tahu tahap istighfar
kita tu di terima atau tidak. Kadang-kadang kita tertipu oleh dosa-dosa kecil
dengan merasakan dosa kecil tidaklah terlalu besar kesannya padahal semua yang
besar berasal dari yang kecil. Semoga ALLAH senantiasa menjaga kita dari dosa
kecil dan besar.
3. Adakah
kita ahli Syurga dan Neraka
Ini satu soalan yang membuatkan kita rasa cemas. Adakah dalam kalangan
kita yang confirm masuk syurga dengan amalan mereka. Kita masuk syurga dengan
rahmat Allah. Hari akhirat hanya dua tempat sahaja tempat pengakhiran kita samada
syurga yang penuh dengan nikmat ataupun neraka yang penuh dengan azab.Hanya ada
dua tempat itulah tempat kita kembali nanti.
Sabda nabi صلى الله عليه وسلم
لن يدخل أحد منكم الجنة بعمله، قالوا: ولا أنت يا رسول الله؟ قال: ولا أنا إلا أن يتغمدني الله برحمته.
Tidak masuk syurga dalam kalngan kalian dengan amalannya.
Sahabat berkata “Termasuk baginda nabi?” Jawab nabi “Aku pun begitu juga
kecuali Allah meliputiku dengan rahmatnya.
Semoga tempat kembali kita adalah tempat terbaik disisi ALLAH SWT
4. Masa lalu
dan masa depan
Masa lalu adalah pelajaran berharga yang harus kita ingat baik-baik.
sedangkan masa depan adalah sesuatu yang tidak pernah kita ketahui. Kita boleh
saja berubah daripada baik kepada tidak. Hati ini senatiasa berbolak balik.
Nabi kita ajar doa supaya Allah tetapkan hati kita dalam ketatatan.
اللهم يا مقلب القلوب
ثبت قلبي علي دينك وعلى طاعتك
5. Keredaan
Allah atas semua tindakan kita
Adakah kita yakin bahwa semua itu mendatangkan reda Allah? Para sahabat
dapat gelaran رضي
الله عنه . Para
ulama orang kata رحمه
الله . Bolehkah kita juga mendapat reda Allah? Sebenarnya
boleh iaitu dengn cara mendidik hati kita daripada menurut hawa nafsu. Hati dan
jiwa yang tenang ini yang difirmankan Allah
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ
الْمُطْمَئِنَّةُ (27) ارْجِعِي
إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً (28)
فَادْخُلِي فِي عِبَادِي (29)
وَادْخُلِي جَنَّتِي (30)
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang
puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, Masuklah
ke dalam syurga-Ku.
Semoga kita mendapat reda Allah
0 comments:
Post a Comment