Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam
Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota
Bharu
وَآَتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ
السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا
Dan berikanlah
kepada keluarga-keluarga yang terdekat akan haknya, kepada orang miskin dan
orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu membazir. (al-isra’:26)
Sebenarnya antara
pahala yang banyak ialah bersedeqah. Dan orang yang paling utama untuk kita
beri sedeqah ialah kepada kaum kerabat. Ada kes berlaku di Kubang Kerian.
Seorang lelaki yang meminta sedeqah di tengah-tengah jalan melalui pintu-pintu
kereta orang yang lalu lalang. Di Jalan Kuala Krai pun ada juga, dekat dengan
Restoren Horizon. Mereka meminta sedeqah daripada orang yang yang berhenti
dalam kereta di lampu isyarat.
Kita terfikir dalam
hati jika betul orang ini miskin dan memerlukan bantuan, takkan tak ada kaum
kerabat dia. Ataupun takkanlah semua kaum kerabat dia miskin macam dia. Sedeqah
yang paling utama ialah kepada kaum kerabat dahulu. Orang yang mempunyai pertalian
darah dengan kita kemudian barulah orang miskin dan orang yang bermusafir.
Ada satu kisah
dalam Sohih Bukhari dan Muslim. Seorang sahabat yang bernama Abu Talhah. Beliau
seorang yang kaya memiliki harta dan kebun kurma, antaranya yang terletak
betul-betul berhadapan dengan masjid nabi. Kebun itu bernama “Bairuha’”.
Apabila turunnya ayat :
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا
تُحِبُّونَ
Kamu sekali-kali
tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan
sehahagian harta yang kamu cintai. (Ali-Imran:92)
Maka beliau menemui
nabi صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan berkata : “Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yang
bermaksud:
Sedangkan harta yang paling kucintai adalah kebun Bairuha, lalu kebun itu aku sedekahkan kerana Allah. Aku mengharapkan kebaikan dan bekalannya iaitu pahalanya di akhirat di sisi Allah. Dari itu, wahai Rasulullah! Manfaatkanlah kebun itu”. Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pun bersabda::
"بخ بخ ذاك مال
رابح"
Eloklah! Itu adalah harta yang
menguntungkan, itu adalah harta yang menguntungkan!Abu Talhah pun tanya pendapat nabi nak bahagi kepada siapa kebun itu maka baginda صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menjawab:
“ seeloknya kebun itu engkau berikan kepada kaum kerabatmu. ”
Abu Talhah pun membahagikan kebun itu dan memberikan kepada kaum kerabat dan anak-anak saudaranya.
Satu kisah lagi
ialah Zainab as Thasaqafiyyah . Beliau adalah seorang wanita bangsawan
yang kaya-raya, suaminya Abdullah bin Mas'ud, seorang sahabat Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang miskin. Suatu ketika Zainab mendengar Nabi SAW bersabda, "Wahai
kaum wanita, bersedekahlah kamu sekalian, walaupun dengan perhiasanmu".
Ketika tiba di rumah dan bertemu
dengan suaminya, ia menceritakan sabda Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ tersebut kepada suaminya
dan berkata, "Sesungguhnya engkau adalah orang yang tidak mampu, tolong
datang dan tanyakan kepada Nabi SAW, apa boleh aku bersedekah kepadamu”.
Tetapi Ibnu Mas'ud meminta supaya
Zainab sendiri bertemu nabi. Zainab
datang ke rumah Nabi صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, kebetulan di
sana telah ada seorang wanita Ansar menunggu Nabi untuk menanyakan hal yang
sama. Nabi صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ memerintahkan Bilal keluar menemui dua wanita tersebut, dan
Zainab berkata,
"Wahai Bilal, sampaikan
kepada Rasulullah, dua orang wanita menanyakan kepada kepada baginda, apakah
kmi boleh berikan sedeqah kami kepada suami dan anak-anak yatim yang kami asuh?
Tetapi, tolong jangan dijelaskan siapa kami"
Bilal masuk kembali menemui baginda dan menyampaikan pertanyaan mereka
berdua. Nabi tanya siapa mereka berdua. Zainab bagitahu dah jangan cakap siapa
mereka tapi Bilal apabila Nabi tanya maka Bilal jawab "Seorang wanita
Ansar dan Zainab, ya Rasulullah!" Nabi
tanya balik:
أَيُّ الزَّيَانِبِ هِيَ ؟ ، قَالُوا :
امْرَأَةُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ
"Zainab yang mana?" Zaman nabi
ada ramai yang namanya Zainab. Maka dijawab "Isteri Abdullah bin Mas'ud"
.
Nabi صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,
لها
أجران أجر الصدقة وأجر
القرابة
"Baginya akan mendapat dua macam pahala, pahala membantu
kerabatnya, dan pahala sedeqah"
Dalam ayat tadi juga Allah larang daripada membazir. Membazir ini ialah
menggunakan harta lebih daripada yang dikehendaki. Berlebihan dalam makanan- Macan
kita makan buka puasa sampai sepuluh lauk. Padahal cukup bagi kita dua tiga
lauk saja. Membazir ni tak semestinya kita buang makanan tak habis. Walaupun
kita makan habis tapi lebih daripada keperluan maka itu juga dikira membazir.
Dalam harta kita ada hak untuk orang lain yang perlu kita tunaikan.
Harta kita bukan harta kita secara mutlak.
Dalam tafsir ayat
أَلْهَاكُمُ
التَّكَاثُرُ
Satu hadis nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يقول بن
آدم مالي مالي وهل لك من مالك إلا ما أكلت فأفنيت أو لبست فأبليت أو تصدقت فأمضيت
Berkta anak Adam “Hartaku!
hartaku! Apakah engkau memiliki harta wahai anak Adam kecuali apa yang engkau
telah makan dan habis, atau engkau pakai lalu lusuh, atau engkau sedekahkan
lalu engkau berlalu membawanya.
Wallahu a’lam
0 comments:
Post a Comment