"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Monday, July 6, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 19: Berdoa Pada Sepuluh Malam Terakhir



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Alhamdulillah pada malam ini kita masuk malam ke-19. Kita hampir sampai kepada sepuluh malam terakhir Ramadan. Antara perkara yang perlu kita banyakkan ialah berdoa. Aishah RA satu ketika bertanya kepada nabi apakah yang patut dibaca jika terkebetulan dengan lailatul qadr. Rasulullah jawab bacalah:
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Kita minta keampunan, kemaafan daripada Allah. Inilah yang paling penting kepada kita semoga dosa kita diampunkan Allah. Dalam kita berdoa ada beberapa perkara yang menjadi penghalang kepada makbulnya doa. Antaranya ialah kerana rezeki kita dipenuhi dengan sumber haram. 

Kita dah sentuh dalam tazkirah lepas berkenaan dengan ini. Nabi  cerita ada seorang lelaki yang kusut masai kerana musafir, angkat tangan berdoa bersungguh-sungguh tetapi Allah tak makbulkan doanya kerana makan minumnya daripada sumber haram.

Doa juga terhalang dengan sebab sikap terburu-buru dalam doanya. Dalam satu hadis


“Sentiasalah sesorang hamba itu diperkenankan doanya selagi mana dia tidak berdoa perkara dosa dan memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergesa-gesa. Sahabat tanya apakah tergesa-gesa itu? Jawab baginda “Seorang berdoa berkata aku berdoa aku berdoa tapi aku tak nampak bahawa Allah memakbulkannya, dia mengeluh lantas meninggalkan doa”.

Doa juga terhalang daripada dimakbulkan dengan sebab maksiat yang dilakukan. Selain itu doa juga tak dimakbulkan kerana kewajiban yang ditinggalkan. Semoga kita diberi kekuatan untuk berdoa kepada Allah samada secara rasmi atau tidak. Samada kita angkat tangan atau tidak. Kita berdoa nak makan nak naik kenderaan. Sesungguhya doa itu sebahagian daripada zikir. Doa ada dua, doa ثناء  dan doa طلب.

Ada doa berbentuk pujian kita kepada Allah, ada doa berbentuk permintaan kita kepada Allah. Kita kata

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
Lafaz ini adalah merupakan pujian kita kepada Allah, tidak mengandungi permohonan. Ia juga adalah doa. Kita baca doa qunut dimulai dengan permintaan طلب
اللهم اهدني فيمن هديت
Sampai kepada
فإنك تقضي ولا يقضى عليك Yang ini adalah doaثناء .

Zaman sekarang tak macam dulu. Mudah sangat untuk kita dapatkan doa-doa . Pergi kedai cari buku himpunan doa kemudian jumpalah mana-mana ustaz untuk mendapatkan kesahihan doa tu. Begitu juga hafaz quran boleh hafaz sorang-sorang kemudia tasmik dengan tok guru. Ianya kembali kepada diri masing-masing.

0 comments:

Post a Comment