Disampaikan oleh: al-sayyid Ibrahim Mataar
(Gaza, Palestin)
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota
Bharu
Saya ingin memetik satu
ayat dalam quran. Ayat ini semua orang tahu dan semua orang baca.
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا
مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا
حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah, yang
telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al
Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya
sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha
mendengar lagi Maha Mengetahui.
Kenapakah Allah pilih
Masjidil Aqsa sebagai tempat transit nabi sebelun mikraj ke langit sehingga sampai
ke Sidratul Muntaha? Apakah kelebihan Masjidil Aqsa dan kawasan sekitarnya?
Masjidil Aqsa adalah pengkalan kepada kebaikan seluruhya. Masjidil Aqsa dan sekitarnya
adalah tempat perkumpulan semua manusia pada suatu hari nanti.
Sekarang apa jadi dengan
Masjidil Aqsa? Apa yang telah berlaku ke atas Masjidil Aqsa? Masjid yang
dahulunya di bawah takluk Umar al-Khattab. Masjid yang dahulunya dibebaskan
oleh Salehuddin al-Ayyubi. Masjid yang mendapat pembelaan daripada Marwan. Apa
nasib Masjidil Aqsa sekarang?
Masjidil Aqsa sekarang
berada di bawah cengkaman Yahudi. Yahudi telah mencemari kesucian Masjidil
Aqsa. Mereka telah menjadikan Masjidil
Aqsa tidak berfungsi sebagaimana dahulu. Bahkan umat Islam Palestin sendiri
tidak boleh solat di situ kecuali dengan keizinan mereka sedangkan Masjidil
Aqsa adalah milik umat Islam.
Apakah peranan kita
tuan-tuan? Sanggupkah kita lihat kesucian Masjidil Aqsa di ludah dengan air
liur Yahudi? Siapakah yang akan mempertahankan Masjidil Aqsa? Siapakah yang mahu
berjihad menegakkan agama Allah?
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ
تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Hai orang-orang
mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan
meneguhkan kedudukanmu.
Masjidil Aqsa
perlukan pembelaan. Kita boleh menolong agama Allah ini dengan harta kita dengan
tenaga kita dengan pemikiran kita. Doa tuan-tuan untuk Ummat Islam di sana.
Mudah-mudahn kita diberkati dan diredai Allah
0 comments:
Post a Comment