"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Thursday, July 16, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 29: Teruskan Beramal



Disampaikan oleh: al-syeikh Hisyam Abdul Bari(Imam Madinah Ramadan)
Tempat: Madinah Ramadan, Kota Bharu

Tiada ucapan yang boleh saya kata pada malam ini, malam perpisahan kita dengan Ramadan. Saat ini saya bersedih, tuan-tuan juga bersedih kerana Ramadan akan meninggalkan kita. Sesungguhya ibadat puasa dan quran memberi kesan kepada jiwa mukmin.

Walaupun Ramadan akan berlalu tapi tuhan Ramadan tetap ada selamanya. Jika kita terkesan dengan puasa dan quran maka kita boleh lagi teruskan dengan puasa dan membaca quran selain bulan Ramadan.

Tahun ini tahun kelima saya bersama dengan anda. Saya menganggap bahawa tuan-tuan adalah keluarga saya dan saya adalah ahli keluarga tuan-tuan. Di sini saya tidak terasa terasing kerana budi pekerti tuan-tuan yang mulia. Iamya jarang ada dalam diri orang arab.

Selepas ini saya akan balik ke tempat saya bertugas, di Jeddah. Di sana saya rasa saya orang asing bila bersama dengan warga Arab Saudi, Di Malaysia saya rasa gembira sekali bersama dengan tuan-tuan. Saya rasa ini adalah hasil didikan al-marhuma Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang mentadbir negeri ini. Saya alhamdulillah mula-mula datang ke sini saya dibawa berjumpa dengan al marhum.

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan terima kasih kepada tuan-tuan semua kerana mengimarahkan khemah ini bersama saya. Tanpa kehadiran tuan –tuan maka tiada guna khemah yang luas ini dibina.

Alhamdulillah negeri ini dipimpin oleh pemimpin  yang soleh. Dahulunya Tok Guru Nik Abdul Aziz dan sekarang penggantinya Ustaz Ahmad Yaakob yang juga berpewatakan zuhud dan wara’. Adakah tuan tuan lihat pemimpin lain yang sanggup datang bersolat bersama kita rakyat jelata? Tapi malam ini menteri besar bersama kita semua.

Saya berharap agar kepimpinan beliau bersama para exconya dapat meneruskan gaya kepimpinan yang dibawa sebelum ini. Tuan- tuan bantulah kepimpinan yang ada sekarang dengan apa cara.

0 comments:

Post a Comment