Disampaikan oleh:
al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim
Padang Bongor, Kota Bharu
Syurga
adalah tempat yang penuh dengan nikmat. Memasuki syurga adalah idaman setiap mukmin.
Persoalannya sejauh manakah kita berusaha untuk memasukinya? Nikmat syurga
sebagimana disebut dalam hadis qudsi:
أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت ولا أذن سمعت ولا خطر على قلب بشر
Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh;
apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan
tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia”.
Sebenarnya kita semua boleh masuk syurga.
Dalam satu hadis nabi صلى الله
عليه وسلم
كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى، قيل ومن
يأبى يا رسول الله؟! قال: من أطاعني دخل الجنة، ومن عصاني فقد أبى
“Seluruh umatku
akan masuk syurga kecuali yang enggan.” Maka dikatakan: “Wahai Rasulullah,
siapa yang enggan?” Baginda menjawab: “Barangsiapa yang mentaatiku maka dia masuk
syurga, sedangkan barangsiapa yang menderhakaiku maka dia telah enggan masuk syurga.”
Para sahabat amat bersungguh-sungguh memburu
syurga. Satu kisah dalam peperangan, seorang sahabat bernama Umair bin Hammam .Tatkala
rasulullah صلى الله عليه وسلم memberi tahu bahawa Allah سبحانه وتعالى telah
mewajibkan bagi orang yang syahid di jalannya untuk masuk syurga, maka
berdirilah Umair bin Hammam رضي
الله عنه. Dia berkata, “Wahai Rasulullah, apakah
surga itu luasnya seluas langit yang tujuh dan bumi?”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
menjawab, “Benar”.
Umair lantas menyahut untuk
masuk syurga. Ditangannya ada tamar. Setelah itu beliau berkata, ‘jika aku masih hidup sampai aku menghabiskan kurma-kurma ini, maka
sungguh ini merupakan kehidupan yang terlalu lama.’
فألقى تمرات كن في يده، فقاتل حتى قتل.
Beliaupun kemudian melempar tamar-tamar tersebut
dari tangannya, kemudian maju berperang sehingga syahid.
Satu lagi kisah dalam peperangan
uhud. Anas bi Nadr bersama dengan Sa’ad bin Mu’adz berkata,
“Lihatlah, di depanmu ada Syurga
dan alangkah indahnya! Sungguh aku telah mencium bau wanginya dari bawah gunung
Uhud”. Beliau akhirnya gugur syahid. Di tubuhnya terdapat lebih daripada
80 tusukan pedang dan tombak hasil cincangan orang musyrik yang
menghancurkannya sehingga tidak ada seorang pun yang mengenali jenazah beliau kecuali
adik perempuannya, ia mengetahui ciri-cirinya melalui jari-jari tangannya.
Syurga adalah tempat asal kita.
Nabi Adam asalnya di syurga maka kita kena berusaha untuk kembali tempat asal
kita. Sebenarnya tak salah jika kita beramal untuk masuk syurga. Ianya bukan
tak ikhlas ataupun riya’. Syurga ni berkaitan akhirat. Perkara riya’ ini kerana
dunia. Tak tepat kalu kita kata beramal nak syurga ini tak ikhlas.
Nabi sendiri mengajar kepada kita:
إِذَا
سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ الأعلى
“Jika kamu minta kepada Allah maka mintalah
syurga firdausyang tinggi”.
من سأل الله الجنة ثلاث مرات قالت الجنة: اللهمّ
أدخله الجنة ومن استجار من النار ثلاث مرات قالت النار: اللهمّ أجره من النار
"Barangsiapa meminta syurga
tiga kali maka berkata syurga “Ya Allah masukkanlah dia ke dalam syurga” dan
barangsiapa yang memohon dijauhkan daripada neraka maka neraka berkata “Ya
Allah jauhkannlah dia daripada neraka”.
Mudah-mudahan kita diberi kekuatan
untuk beramal dengan amalan yang melayakkan kita masuk syurga.
0 comments:
Post a Comment