"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, July 4, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 17: Untung atau Rugi?



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

Hari ini kita dah puasa 16 hari. Terawih malam ini adalah malam ke-17. Kalau kita muhasabah kembali Ramadan yang kita lalui ini adakah ianya merupakan keuntungan kepada kita atau sebaliknya mendapat kerugian? Jika peniaga ditanya untungkah jualan mereka pada Ramadan ini  nescaya rata-rata akan jawab untung . Ini kerana kita lihat ramai orang membeli di sana. Sifir mudah jika ramai pelanggan maknanya peniaga akan dapat untung. 

Pelajar yang ambil peperiksaan mahukan kejayaan kerana kejayaan merupakan  keuntungan dan kegagalan adalah kerugian bagi mereka. Bagi kita yang berdaftar sebagai usahawan akhirat maka sudah tentu kita akan mencari keuntungan untuk akhirat kita.

Dalam surah Faatir ayat 29:
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka secara diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.

Untung rugi adalah daripada Allah . Allah beri kepada hambanya samada bentuk zahir atau batin.
وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَى (43) وَأَنَّهُ هُوَ أَمَاتَ وَأَحْيَا (44)
Dan bahawasanya dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis, Dan bahawasanya dialah yang mematikan dan menghidupkan.(an-najm:43 – 44)

Kalau orang berniaga dia akan berfikir bagaimana untuk mendapatkan keuntungan dalam perniagaan mereka. Dia ada planning marketing mereka. Mereka berfikir mencari keuntungan. Margin yang dikeluarkan bagaimana modal yang sedikit tapi dapat keuntungan yang banyak.

Bulan Ramadan adalah bulan yang paling baik untuk usahawan akhirat mendapat kadar keuntungan berganda. Sebab itu kita kena tengok amalan kita. Yang fardhu dibuat sebaik mungkin yang sunat ditambah di lipat gandakan usaha. Bagi mereka yang mengejar dunia ikut dialah. Mereka tak fikir akhirat hanya keuntungan dunia semata.

Perniagaan yang paling tinggi keuntungannya ialah berjuang fisabilillah.

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآَنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.(at taubah:111)

Tempat kita mungkin susah untuk berperang fisabilillah kecualilah kalau berlaku. Satu lagi kentungan yang perlu kita cari ialah keuntungan yang tak putus-putus. Bagaimana  usaha yang kita buat itu sedikit tapi dapat untung berpanjangan. Orang yang paling banyak dapat keuntungan berpanjangan ialah nabi.
وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍ
Dan Sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya.(al-qalam:3)

Adakah nabi sahaja yang dapat pahala yang tidak putus-putus? Jawapannya tidak. Kitapun boleh dapat pahala tanpa henti.
إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka pahala yang tidak putus-putusnya. (al-insyiqaq:25)

Bagimanakah cara kita buat sesuatu dan keuntungan pahalanya berterusan? Kita sambung malam esok.

0 comments:

Post a Comment