"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Showing posts with label Riyadhus solihin. Show all posts
Showing posts with label Riyadhus solihin. Show all posts

Wednesday, March 22, 2017

Amalan-amalan Yang Dianggap Remeh



عن أنس -رضي الله تعالى عنه- قال: "إنكم لتعملون أعمالاً هي أدق في أعينكم من الشعر، كنا نعدها على عهد رسول الله -صلى الله عليه وسلم- من الموبقات، رواه البخاري.
Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ianya lebih halus daripada rambut pada hal kami pada zaman Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan(dosa besar).”
(Riwayat Bukhari)
Anas bin Malik adalah sahabat nabi yang umurnya dipanjangkan oleh Allah. Beliau sempat hidup pada zaman tabiin yang mana ketika itu sudah berlaku perubahan keadaan masyarakat dalam penghayatan hidup beragama. Masyarakat sudah mula memandang ringan amalan yang sebenarnya amat dititikberatkan pada zaman para sahabat.

Apa yang disebut oleh Anas itu berlaku pada zaman tabiin yang dianggap sebagai zaman keemasan Islam. Tak tahulah apa yang Anas kata jika melihat masyarakat Islam pada masa sekarang. Umat Islam di serata alam dari Timur ke Barat dari Utara ke Selatan rata-rata tidak mengambil peduli tentang urusan agama.

Hadis ini nak bagitahu kita bahwa jangan kita pandang sepi sesuatu amalan, padahal ianya amat penting. Antara amalan yang dianggap remeh oleh masyarakat sekarang ialah solat jemaah. Pergilah tengok mana-mana masjid di tempat kita dan hitung berapa kerat yang menghadiri solat jemaah. Hari Jumaat penuh sampai melimpah di luar masjid tapi untuk lima waktu sehari semalam tak ramai yang hadir.

Siapa yang tak tahu kelebihan solat berjemaah berbanding solat bersendirian? Semua orang tahu. Budak sekolah diajar tentang solat jemaah ni masa tahun tiga lagi di sekolah kebangsaan. Mungkin peringkat tadika lagi. Ustaz  ajar kelebihan solat berjemaah tapi ustaz pun tak hadiri jemaah. Kenapa jadi begitu? Sebab memandang enteng solat jemaah. Katanya fardhu kifayah saja. Orang lain buat ustaz tak payah.

Masa zaman sahabat dahulu solat jemaah amat dititik beratkan. Mengikut satu riwayat nabi nak bakar rumah yang mana penghuninya yang sepatutnya solat berjemaah tapi tak solat jemaah. Dalam satu riwayat nabi bagitahu bahawa tiadalah yang tidak menghadiri jemaah itu kecuali dia seorang munafik yang dimaklumi kemunafikannya.  Dalam satu hadis daripada Ibn Mas’ud sabda nabi -صلى الله عليه وسلم-:
من سره أن يلقى الله غداً مسلماً فليحافظ على هؤلاء الصلوات الخمس حيث ينادى بهن، فإن الله شرع لنبيكم سنن الهدى وإنهن من سنن الهدى ولو أنكم صليتم في بيوتكم كما يصلي هذا المتخلف في بيته لتركتم سنة نبيكم ولو تركتم سنة نبيكم لضللتم وما من رجل يتطهر فيحسن الطهور ثم يعمد إلى مسجد من هذه المساجد إلا كتب الله له بكل خطوة يخطوها حسنة ويرفعه بها درجة، ويحط عنه سيئة، ولقد رأيتنا وما يتخلف عنها إلا منافق معلوم النفاق، ولقد كان الرجل يؤتى به يهادى بين الرجلين حتى يقام في الصف
Barangsiapa yang suka untuk bertemu Allah di besok hari (qiamat) dalam keadaan muslim, maka hendaklah dia menjaga solat lima waktu dengan berjemaah di mana sahaja azan berkumandang. Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى telah mensyariatkan kepada Nabi kamu jalan-jalan hidayah, dan sesungguhnya solat berjemaah itu sebahagian daripada jalan-jalan hidayah. Maka jika kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang tidak hadir ini bersolat di rumahnya, maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu. Dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kamu, nescaya kamu akan sesat. Dan tidaklah sesorang yang bersuci dengan sebaiknya kemudian dia menuju ke masjid melainkan ditulis baginya setiap langkah satu kebaikan, diangkatnya satu darajah dan dihapuskanya satu dosa. Dan sesungguhnya kami menganggap bahawa tiada yang tidak hadir untuk berjemaah melainkan orang munafik yang jelas kemunafikannya. Dan sesungguhnya ada seorang lelaki yang uzur dibawa untuk berjemaah dengan dipapah oleh dua orang, sehinggalah dia diletakkan ke dalam saf.


Amalan lain yang dianggap remeh ialah berbohong. Sekarang ini bohong sudah dijadikan satu jenaka untuk suka-suka. Dalam radio ada slot apa nama tu? Panggilan hangit ke? Nak bergurau bukan tak boleh. Nabi bergurau tapi baginda tak akan kata kecuali yang benar. Orang-orang tua kita ada kata "Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri".

Apa lagi amalan yang membinasakan tapi dianggap enteng oleh masyarakat kita? Makan dengan menggunakan tangan kanan. Hari ini kalau kita hadir kenduri maka dengan mudah kita akan lihat tetamu makan atawa minum dengan menggunakan tangan kiri. Tiada sunnah makan minum menggunakan tangan kiri. Orang kita lebih mengagungkan barat. Barat ajar kita guna tangan kiri semasa minum kita pun ikut cara mereka.

Permasalahan umat sekarang ialah masalah iman. Iman lemah menyebabkan meninggalkan sesuatu amalan danggap biasa walaupun ianya menyebabkan kita binasa. Orang mukmin menganggap dosa dia macam gunung menghempat kepala manakala orang munafik menganggap dosanya seperti lalat hinggap atas hidung. Semoga Allah merahmati kita.

Monday, March 13, 2017

Air Batu Cair



1.  Demi masa.
2.  Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3.  Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan saling nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.


Ar- Razi dalam tafsirnya bagitahu bahawa ruginya seseorang yang mana modalnya mencair macam air batu. Dia faham surah al-asr dengan melihat seorang menjual air  batu lalu depan dia. Al-Imam as-Syafie bagitahu bahawa memadailah seseorang yang memahami betul-betul surah ini untuk dia dapat petunjuk jadi orang baik.

Paling takut kita rugi macam air batu cair tadi. Di akhirat bawa banyak karung amal ibadat tapi tak lekat, jatuh tengah jalan. Kita tak mahulah amalan kita di dunia sia-sia. Antara perkara yang menyebabkan amalan kita mencair ialah sebab hasad. Dalam satu hadis nabi صلى الله عليه وسلم bagitahu bahawa hasad itu memakan amalan kebaikan sepertimana api memakan kayu. Rugi. Maka apa untungnya kita berhasad dengki?

Dalam kitab Riyadhus Solihin, al- Imam an-Nawawi bawa satu hadis daripada Sohih Muslim, cerita tentang orang muflis. Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: "Orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati.

Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah  akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah campakkan dia ke dalam neraka.”

Kita berdoa agar modal amalan kita tidak mencair macam air batu cair. Alangkah ruginya kita. Makanya kita kena banyak belajar supaya kita tahu. Bila tahu kita amal mengikut neraca yang sebenar. Mudah-mudah Allah terima . Amin.

Tuesday, February 16, 2016

Pahala Pergi Ke Masjid

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏:‏ ‏"‏صلاة الرجل في جماعة تزيد على صلاته في سوقه وبيته بضعاً وعشرين درجه وذلك أن أحدهم إذا توضأ فأحسن الوضوء ثم أتى المسجد لا يريد إلا الصلاة، لا ينهزه إلا الصلاة، لم يخط خطوة إلا رفع له بها درجة، وحط عنه بها خطيئة حتى يدخل المسجد، فإذا دخل المسجد كان في الصلاة ما كانت الصلاة هى تحبسه، والملائكة يصلون على أحدكم ما دام في مجلسه الذى صلى فيه، ما لم يؤذ فيه ما لم يحدث فيه‏"‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه، وهذا لفظ مسلم‏)‏‏)‏‏.‏ وقوله صلى الله عليه وسلم‏:‏‏ ‏ينهزه‏ ‏ هو بفتح الياء والهاء وبالزاى‏:‏ أى يخرجه وينهضه‏ ‏‏ 

Daripada Abi Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:"Solat seseorang lelaki dengan berjamaah itu melebihi solatnya di pasar atau rumahnya - secara sendirian atau munfarid - dengan dua puluh lebih - tingkat darjatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana apabila seseorang itu berwudhu' dan memperbaguskan wudhu'nya, kemudian dia mendatangi masjid, tidak menghendaki ke masjid itu melainkan hendak bersembahyang, tidak pula ada yang menggerakkan kepergiannya ke masjid itu kecuali hendak solat, maka tidaklah ia melangkahkan kakinya selangkah kecuali ia dinaikkan tingkatnya sedarjat dan kerana itu pula dileburlah satu kesalahan daripadanya - yakni tiap selangkah tadi - sehingga ia masuk masjid. Apabila ia telah masuk ke dalam masjid, maka ia memperoleh pahala seperti dalam keadaan solat, selama memang solat itu yang menyebabkan ia bertahan di dalam masjid tadi, juga para malaikat mendoakan untuk mendapatkan kerahmatan Tuhan pada seseorang dari engkau semua, selama masih berada di tempat yang ia bersembahyang di situ. Para malaikat itu berkata: "Ya Allah, kasihanilah orang ini; wahai Allah, ampunilah ia; ya Allah, terimalah taubatnya." Hal sedemikian ini selama orang tersebut tidak berbuat buruk -yakni berkata-kata soal keduniaan, mengumpat orang lain, memukul dan lain-lain - dan juga selama ia tidak berhadas - yakni tidak batal wudhu'nya. Muttafaq 'alaih. Dan yang tersebut di atas adalah menurut lafaznya Imam Muslim. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم Yanhazu dengan fathahnya ya' dan ha' serta dengan menggunakan zai, artinya: mengeluarkannya dan menggerakkannya.

Sembahyang berjamaah amat dititik beratkan dalam Islam. Dalam hadis ini dinyatakan kelebihan sebanyak dua puluh lebih berbanding solat sendirian. Kalimah بضعا bermaksud bilangan tiga hingga sembilan. Dalam hadis lain nabi صلى الله عليه وسلم bagitahu:
صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة
 Solat berjamaah lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat. Solat jamaah ini afdhal dilakukan di masjid. Boleh berjamaah di rumah atau di pasar tapi ianya bukan sunnah yang digalakkan. Orang lelaki kena solat di masjid. Ada penceramah motivasi menganjurkan agar suami isteri solat bersama di rumah untuk mengeratkan hubungan dan juga sebagai didikan kepada ahli keluarga untuk praktik Islam. Bayangkan kalau semua keluarga masing-masing berjamaah di rumah masing-masing! Kosonglah masjid. Yang sepatutnya solat lima waktu bagi lelaki itu berjamaah di masjid. Perempuan solat di rumah dan kalau mereka mahu ke masjid juga maka jangan halang mereka.
.لا تمنعوا إماء الله مساجد الله
 Jangan kamu larang hamba-hamba Allah yang perempuan daripada mandatangi masjid. Banyak fadhilat kita dapat kalau solat berjemaah di masjid. Bermula langkah kita dari rumah sudah dapat pahala. Niat kita hendak ke masjid sudah dikira pahala. Duduk di masjid dan tunggu untuk solat fardhu dapat pahala solat. Masya Allah tabarakallah. Sebab itu dalam satu hari carilah waktu kita boleh tunggu solat selepas solat. Yang paling sesuai untuk kita ni waktu maghrib dengan isya’lah. Macam kita sekarang ni lepas solat maghrib kita tunggu lagi nak solat Isya;. Allah.

 Banyaknya pahala Allah nak bagi. Iktikaf lagi, belajar agama lagi. Sepanjang masa kita duduk tunggu ni Malaikat doakan kita. "Ya Allah, kasihanilah orang ini; wahai Allah, ampunilah ia; ya Allah, terimalah taubatnya." Dengan syarat dia tak menyakiti orang dan dia tak berhadas. Zaman sekarang antara perkara yang menyebabkan kita menyakiti orang ialah telefon bimbit. Selalu nada dering berbunyi ketika solat. Ketika kuliah dalam masjid. Ianya menganggu orang lain. Jadi bagi yang bawa HP tu tolong off atau tukar kepada mod silent. Tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi! Insya Allah kita jumpa lagi.

Tuesday, July 7, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 20: Check-up Tahap Kesihatan Iman




Alhamdulillah pada malam ini kita masuk malam ke-20 kita menunaikan ibadat solat terawih. Baki lebih kurang 9 hari lagi untuk kita meninggalkan Ramadan. Pada malam ini marilah sama-sama kita check-up sejauh mana iman kita, adakah ianya menjadi segar bugar ataupun sakit tidak bermaya.

Dalam al-quran Allah  سبحانه وتعالىberfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan Hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (al-anfal:2)

Hati orang yang beriman akan tenang dan senang apabila mengingati Allah. Hati yang mengingati Allah akn membuahkan iman yang sihat. Bagaimana kita nak tahu hati kita sakit iman kita sedikit?

Hati yang tak suka kepada zikrullah adalah hati yang berpenyakit. Lalai daripada mengingati Allah, sibuk dengan kehidupan dunia. Hati ini berada dalam zon bahaya jika tidak diubat dengan segera.

Hati juga menjadi keras jika selalu hidup dalam maksiat. Kesan maksiat menjadikan hati mati. Orang yang suka melakukan maksiat tak akan rasa apa-apa tentang dosa neraka. Ini kerana imannya sudah dihinggapi penyakit.

Semoga kita diberi kekuatan untuk memperbaiki diri ke arah kesempurnaan iman. Kita kena berusaha untuk mencapai kemanisan iman. Mencintai Allah lebih daripada segala. Nabi ajar kita doa:
 
اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك، والعمل الذي يبلغني حبك، اللهم اجعل حبك أحب إليّ من نفسي وأهلي ومن الماء البارد
 
Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu dan cinta mereka yang mencintai-Mu, dan perbuatan yang mendorongku menuju cinta-Mu. Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kusukai daripada jiwaku, daripada keluargaku, dan lebih kusukai daripada air dingin.

Thursday, July 2, 2015

Tazkirah Ramadan 1436 – Malam 15: Tadabbur surah al-isra’ ayat 26



Disampaikan oleh: al-ustaz Badrul Hisyam Sulaiman
Tempat: Masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu

وَآَتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا
Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang terdekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu membazir. (al-isra’:26)

Sebenarnya antara pahala yang banyak ialah bersedeqah. Dan orang yang paling utama untuk kita beri sedeqah ialah kepada kaum kerabat. Ada kes berlaku di Kubang Kerian. Seorang lelaki yang meminta sedeqah di tengah-tengah jalan melalui pintu-pintu kereta orang yang lalu lalang. Di Jalan Kuala Krai pun ada juga, dekat dengan Restoren Horizon. Mereka meminta sedeqah daripada orang yang yang berhenti dalam kereta di lampu isyarat.

Kita terfikir dalam hati jika betul orang ini miskin dan memerlukan bantuan, takkan tak ada kaum kerabat dia. Ataupun takkanlah semua kaum kerabat dia miskin macam dia. Sedeqah yang paling utama ialah kepada kaum kerabat dahulu. Orang yang mempunyai pertalian darah dengan kita kemudian barulah orang miskin dan orang yang bermusafir.

Ada satu kisah dalam Sohih Bukhari dan Muslim. Seorang sahabat yang bernama Abu Talhah. Beliau seorang yang kaya memiliki harta dan kebun kurma, antaranya yang terletak betul-betul berhadapan dengan masjid nabi. Kebun itu bernama “Bairuha’”. Apabila turunnya ayat :
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. (Ali-Imran:92)

Maka beliau menemui nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  dan berkata : “Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yang bermaksud:

“Kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. ” (Ali Imran: 92)
Sedangkan harta yang paling kucintai adalah kebun Bairuha, lalu kebun itu aku sedekahkan kerana Allah. Aku mengharapkan kebaikan dan bekalannya iaitu pahalanya di akhirat di sisi Allah. Dari itu, wahai Rasulullah! Manfaatkanlah kebun itu”. Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pun bersabda::
"بخ بخ ذاك مال رابح"
Eloklah! Itu adalah harta yang menguntungkan, itu adalah harta yang menguntungkan!

Abu Talhah pun tanya pendapat nabi nak bahagi kepada siapa kebun itu maka baginda صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menjawab:
“ seeloknya kebun itu engkau berikan kepada kaum kerabatmu. ”

Abu Talhah pun membahagikan kebun itu dan memberikan kepada kaum kerabat dan anak-anak saudaranya.

Satu kisah lagi ialah Zainab as Thasaqafiyyah . Beliau adalah seorang wanita bangsawan yang kaya-raya, suaminya Abdullah bin Mas'ud, seorang sahabat Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang miskin. Suatu ketika Zainab mendengar Nabi SAW bersabda, "Wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu sekalian, walaupun dengan perhiasanmu".

Ketika tiba di rumah dan bertemu dengan suaminya, ia menceritakan sabda Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  tersebut kepada suaminya dan berkata, "Sesungguhnya engkau adalah orang yang tidak mampu, tolong datang dan tanyakan kepada Nabi SAW, apa boleh aku bersedekah kepadamu”.

Tetapi Ibnu Mas'ud meminta supaya Zainab sendiri bertemu nabi.  Zainab datang ke rumah Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, kebetulan di sana telah ada seorang wanita Ansar menunggu Nabi untuk menanyakan hal yang sama. Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ memerintahkan Bilal keluar menemui dua wanita tersebut, dan Zainab berkata,
"Wahai Bilal, sampaikan kepada Rasulullah, dua orang wanita menanyakan kepada kepada baginda, apakah kmi boleh berikan sedeqah kami kepada suami dan anak-anak yatim yang kami asuh? Tetapi, tolong jangan dijelaskan siapa kami" 

Bilal masuk kembali menemui baginda dan menyampaikan pertanyaan mereka berdua. Nabi tanya siapa mereka berdua. Zainab bagitahu dah jangan cakap siapa mereka tapi Bilal apabila Nabi tanya maka Bilal jawab "Seorang wanita Ansar dan Zainab, ya Rasulullah!"  Nabi tanya balik:
أَيُّ الزَّيَانِبِ هِيَ ؟ ، قَالُوا : امْرَأَةُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ
"Zainab yang mana?"  Zaman nabi ada ramai yang namanya Zainab. Maka dijawab "Isteri Abdullah bin Mas'ud" .

Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,
لها أجران أجر الصدقة وأجر القرابة

"Baginya akan mendapat dua macam pahala, pahala membantu kerabatnya, dan pahala sedeqah"

Dalam ayat tadi juga Allah larang daripada membazir. Membazir ini ialah menggunakan harta lebih daripada yang dikehendaki. Berlebihan dalam makanan- Macan kita makan buka puasa sampai sepuluh lauk. Padahal cukup bagi kita dua tiga lauk saja. Membazir ni tak semestinya kita buang makanan tak habis. Walaupun kita makan habis tapi lebih daripada keperluan maka itu juga dikira membazir.

Dalam harta kita ada hak untuk orang lain yang perlu kita tunaikan. Harta kita bukan harta kita secara mutlak.

Dalam tafsir ayat
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
Satu hadis nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يقول بن آدم مالي مالي وهل لك من مالك إلا ما أكلت فأفنيت أو لبست فأبليت أو تصدقت فأمضيت
Berkta anak Adam “Hartaku! hartaku! Apakah engkau memiliki harta wahai anak Adam kecuali apa yang engkau telah makan dan habis, atau engkau pakai lalu lusuh, atau engkau sedekahkan lalu engkau berlalu membawanya.

Wallahu a’lam