عن أبي هريرة رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "صلاة الرجل في جماعة تزيد على صلاته في سوقه وبيته بضعاً وعشرين درجه وذلك أن أحدهم إذا توضأ فأحسن الوضوء ثم أتى المسجد لا يريد إلا الصلاة، لا ينهزه إلا الصلاة، لم يخط خطوة إلا رفع له بها درجة، وحط عنه بها خطيئة حتى يدخل المسجد، فإذا دخل المسجد كان في الصلاة ما كانت الصلاة هى تحبسه، والملائكة يصلون على أحدكم ما دام في مجلسه الذى صلى فيه، ما لم يؤذ فيه ما لم يحدث فيه" ((متفق عليه، وهذا لفظ مسلم)). وقوله صلى الله عليه وسلم: ينهزه هو بفتح الياء والهاء وبالزاى: أى يخرجه وينهضه
Daripada Abi Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:"Solat seseorang lelaki dengan berjamaah itu melebihi solatnya di pasar atau rumahnya - secara sendirian atau munfarid - dengan dua puluh lebih - tingkat darjatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana apabila seseorang itu berwudhu' dan memperbaguskan wudhu'nya, kemudian dia mendatangi masjid, tidak menghendaki ke masjid itu melainkan hendak bersembahyang, tidak pula ada yang menggerakkan kepergiannya ke masjid itu kecuali hendak solat, maka tidaklah ia melangkahkan kakinya selangkah kecuali ia dinaikkan tingkatnya sedarjat dan kerana itu pula dileburlah satu kesalahan daripadanya - yakni tiap selangkah tadi - sehingga ia masuk masjid. Apabila ia telah masuk ke dalam masjid, maka ia memperoleh pahala seperti dalam keadaan solat, selama memang solat itu yang menyebabkan ia bertahan di dalam masjid tadi, juga para malaikat mendoakan untuk mendapatkan kerahmatan Tuhan pada seseorang dari engkau semua, selama masih berada di tempat yang ia bersembahyang di situ. Para malaikat itu berkata: "Ya Allah, kasihanilah orang ini; wahai Allah, ampunilah ia; ya Allah, terimalah taubatnya." Hal sedemikian ini selama orang tersebut tidak berbuat buruk -yakni berkata-kata soal keduniaan, mengumpat orang lain, memukul dan lain-lain - dan juga selama ia tidak berhadas - yakni tidak batal wudhu'nya. Muttafaq 'alaih. Dan yang tersebut di atas adalah menurut lafaznya Imam Muslim. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم Yanhazu dengan fathahnya ya' dan ha' serta dengan menggunakan zai, artinya: mengeluarkannya dan menggerakkannya.
Sembahyang berjamaah amat dititik beratkan dalam Islam. Dalam hadis ini dinyatakan kelebihan sebanyak dua puluh lebih berbanding solat sendirian. Kalimah بضعا bermaksud bilangan tiga hingga sembilan. Dalam hadis lain nabi صلى الله عليه وسلم bagitahu:
صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة
Solat berjamaah lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat. Solat jamaah ini afdhal dilakukan di masjid. Boleh berjamaah di rumah atau di pasar tapi ianya bukan sunnah yang digalakkan. Orang lelaki kena solat di masjid. Ada penceramah motivasi menganjurkan agar suami isteri solat bersama di rumah untuk mengeratkan hubungan dan juga sebagai didikan kepada ahli keluarga untuk praktik Islam. Bayangkan kalau semua keluarga masing-masing berjamaah di rumah masing-masing! Kosonglah masjid. Yang sepatutnya solat lima waktu bagi lelaki itu berjamaah di masjid. Perempuan solat di rumah dan kalau mereka mahu ke masjid juga maka jangan halang mereka.
.لا تمنعوا إماء الله مساجد الله
Jangan kamu larang hamba-hamba Allah yang perempuan daripada mandatangi masjid.
Banyak fadhilat kita dapat kalau solat berjemaah di masjid. Bermula langkah kita dari rumah sudah dapat pahala. Niat kita hendak ke masjid sudah dikira pahala. Duduk di masjid dan tunggu untuk solat fardhu dapat pahala solat. Masya Allah tabarakallah. Sebab itu dalam satu hari carilah waktu kita boleh tunggu solat selepas solat. Yang paling sesuai untuk kita ni waktu maghrib dengan isya’lah. Macam kita sekarang ni lepas solat maghrib kita tunggu lagi nak solat Isya;. Allah.Banyaknya pahala Allah nak bagi. Iktikaf lagi, belajar agama lagi. Sepanjang masa kita duduk tunggu ni Malaikat doakan kita. "Ya Allah, kasihanilah orang ini; wahai Allah, ampunilah ia; ya Allah, terimalah taubatnya." Dengan syarat dia tak menyakiti orang dan dia tak berhadas. Zaman sekarang antara perkara yang menyebabkan kita menyakiti orang ialah telefon bimbit. Selalu nada dering berbunyi ketika solat. Ketika kuliah dalam masjid. Ianya menganggu orang lain. Jadi bagi yang bawa HP tu tolong off atau tukar kepada mod silent. Tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi! Insya Allah kita jumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment